rotan mantang | sj rotan, Calamus ornatus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemantangan | perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotan manau keleceki | = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotan macap | = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umbul-umbul | Jw sj bendera yg panjang, kali-mantang, ular-ular. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotan macad | = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotan kembung | = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rotan I | 1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi, tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg dibuat drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~; ~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan, Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan, Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~ kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii; ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja = ~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin = ~ kertung = ~ semang sj rotan, Dae-monorhops grandis; ~ cucur = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan, Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan, Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis; ~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir sj rotan Calamus radulosus (scabridulus): ~ kipas sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manan; ~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan, Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia echinometra; ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai ~, asal berinsang dicucuk sahaja prb perihal orang yg tidak me-milih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb putus pertalian (perhubungan) yg tidak dapat disambung (didamaikan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga; merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. memukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~; perotan orang yg bekerja mencari rotan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pantang | 1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang melakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat mendengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu memakan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu meminum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (minuman) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (bertentangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan memantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |