Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masukkanlah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ruapMn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masya­rakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai ke­likatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengenakkan1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengenakkan1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengenakkan1. menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2. berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap.Kamus Pelajar
enak/énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
enak/énak/ 1. sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2. senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1. menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2. berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan.Kamus Pelajar
enak(énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas