Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.pas.kan] | ملڤسکن

Definisi : 1. membiarkan lepas, mem­bebaskan (drpd kurungan, penjara, dll), men­jadikan tidak terikat lagi: ia ~ budak itu drpd pegangannya; 2. menghilangkan (letih, jerih, dll): ia berbaring-baring ~ jerihnya; mereka terus masuk ke kedai makan yg berhampiran utk ~ dahaga; 3. tidak menyekat-nyekat, membiarkan keluar (perasaan dll): racun kulat tersebut ~ hidrogen disulfida; serdadu itu pun ~ suatu penumbuk ke pangkal telinganya; Datuk Ujang menyedut cerutnya lama-lama kemudian ~ asapnya; dia ~ senyuman kpd Noor Hamidah; 4. tidak menghalang, membenarkan atau mengizinkan (pergi, berangkat, dsb), merelakan: dia ~ anaknya pergi dgn hati yg rela; 5. menceraikan (isteri): kalau Sharifah Aini dilepaskannya mungkin anak­-anak muda itu berjaya mengetuk pintu hatinya; 6. memberikan (sesuatu yg dipegang atau disandang kpd seseorang lain), menyerah­kan (dgn kehendak sendiri): Perdana Menteri mungkin akan ~ jawatan Menteri Hal Ehwal Luar kpd seorang menteri lain; 7. meng­uraikan (rambut dsb), tidak mengikat dsb: saya gemar ~ rambut saya menggerbang tetapi biar kelihatan sedikit ikal; 8. menghantar (orang belayar, berangkat, berjalan, dll): dia sendiri pergi ke stesen utk ~ anaknya berangkat; ~ mayat ke kubur; 9. membuang, memecat, memberhentikan: dlm zaman meleset, banyak pekerja yg dilepaskan; ~ angan-angan mengerjakan segala sesuatu yg diingini; ~ cinta kasihnya (rindunya, isi hatinya) kpd mencurahkan cinta kasihnya kpd; ~ dendam a) membalas dendam; b) menghilangkan perasaan rindu (dendam ) pd seseorang; ~ diri melarikan diri, membebaskan diri; ~ hati memuaskan hati; ~ jiwa (nyawa) a) menyelamatkan drpd bahaya maut; b) = ~ nafas yg akhir mati; ~ kritikan (kecaman, serangan, tuduhan, dll) melancarkan kritikan, (kecaman dll); ~ layang-layang menaikkan layang-layang; ~ malu mengkhatankan; ~ marah (nafsu, kehendak) tidak menahan marahnya (nafsunya, kehendaknya); ~ niat (nazar, kaul) membayar atau menunaikan niat (nazar, kaul); ~ niatnya (harapannya, maksudnya, tuntutannya, dll) membuang atau meninggalkan niatnya (harapannya, maksud­nya, dll); ~ panah membiarkan anak panah lepas drpd busurnya; ~ pandangan memandang; ~ tembakan (meriam) menembak, memasang; ~ tinju (pukulan, tikaman, dll) meninju (memukul, menikam, dll); ~ untung masing-masing menyelamatkan diri masing­-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.pas.kan] | ملڤسکن

Definisi : 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lepas (adjektif)
1. Bersinonim dengan bebas: ucul, merdeka,
Berantonim dengan terikat

2. Bersinonim dengan lari: bebas, lucut, tanggal, lolos, londeh, lulus,

3. Bersinonim dengan lalu: lampau
Berantonim dengan sekarang

Kata Terbitan : selepas, selepas-lepas, berlepas, melepas, melepasi, melepaskan, terlepas, lepasan, kelepasan, pelepasan,

Peribahasa

Melepaskan anjing tersepit,
     sudah lepas dia menggigit.

Bermaksud :

Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kasamMn dendam, musuh; melepaskan ~ melepaskan dendam; kesam.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyumpitmeniup sumpitan utk melepaskan damak; melepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan.Kamus Pelajar
kaul IAr 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, ke-turunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permin­taannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan; berkaul berniat atau berjanji hendak me­lakukan sesuatu (apabila permintaannya di­luluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hen­daklah pd tempatnya; mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati.Kamus Dewan Edisi Keempat
sumpit I, = sumpitan menyumpit meniup sumpitan utk melepaskan damak; melepaskan damak dgn menggunakan sumpitan: Utk memeriahkan majlis itu, satu peraduan ~ telah diadakan.Kamus Pelajar
meluputkan1. menghilangkan, melenyap­kan; ~ drpd ingatan menghilangkan drpd ingatan; 2. melepaskan; ~ diri melepaskan diri; 3. mengelakkan (pukulan, serangan, dll), menangkis: ditikamnya dada Hang Jebat, serta diluputkan oleh Hang Jebat tikaman Laksamana itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
melepaskan kasammelepaskan dendam; kesam.Kamus Dewan Edisi Keempat
membayar (melepaskan) kaulmelepaskan nazar (menunaikan niat dan janji);Kamus Dewan Edisi Keempat
berontak1. meronta-ronta (hendak melepaskan diri): ia ~ hendak melepaskan tangannya yg dipegang oleh dua orang polis; 2. = memberontak; memberontak 1. melawan pihak berkuasa atau kerajaan: orang Belanda yg bermazhab Protestan ~ melawan kekuasaan Sepanyol; 2. menunjukkan kemarahan atau penentangan terhadap sesuatu perkara: sikap majikan yg tidak bertimbang rasa itu membuat Hasyim ~; ia memaparkan perasaan peribadinya dgn gaya yg memperlihatkan pergolakan jiwanya yg ingin ~;pemberontakan perihal atau perbuatan memberontak (penentangan terhadap kerajaan dll): kerajaan mengenakan perintah berkurung akibat ~ itu; ~ menentang penindasan; pemberontak 1. orang atau kumpulan yg memberontak, penentang kerajaan, dll: ia bekas ~ yg telah dibebaskan; 2. suka melawan (menentang).Kamus Dewan Edisi Keempat
rehat(réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk ber­senang-senang melepas-kan lelah; berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun be­kerja tetapi bagaikan ~ fikiran; kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; ® isti­­rahat.Kamus Dewan Edisi Keempat
melepaskan tumbukanmenumbuk; meninju.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas