meleraikan | 1 menanggalkan buah dr tangkainya (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus). 2 menghentikan atau menceraikan orang yg sedang berkelahi dll: Pak Mat mencuba ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu tetapi tidak berjaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meleraikan | 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memisahkan | 1. meleraikan (orang yg bergaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecahkan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirik | 1 menekan dgn kaki; memijak: Jika ada orang yg ~, rakit itu tenggelam sehingga buku lali. 2 memijak-mijak padi utk meleraikan buah dr tangkainya; memukul-mukulkan pokok kacang utk meleraikan buah dr tangkainya: Selepas menuai, mereka ~ pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
irik | ; mengirik 1 menekan dgn kaki; memijak: Jika ada orang yg ~, rakit itu tenggelam sehingga buku lali. 2 memijak-mijak padi utk meleraikan buah dr tangkainya; memukul-mukulkan pokok kacang utk meleraikan buah dr tangkainya: Selepas menuai, mereka ~ pula. pengirik alat yg digunakan utk mengirik: mesin ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lerai | ; berlerai tidak bersambung (bersatu, berangkai-rangkai dsb) lagi: seminggu sudah berlalu, aku terasa bagai kalung mutiara yg putus ~; meleraikan 1. menceraikan, memisahkan (orang berkelahi dll): Cikgu Majid berkejar keluar hendak ~ budak yg sedang bertumbuk; penyakit jiwa susah hendak dileraikan drpd batin seseorang; 2. ki menjauhkan, menghindarkan (penyakit dll): ubat ini akan ~ penyakit selesema; terlerai dipisahkan atau diceraikan, tercerai, tersisih: cintaku telah ~; tidak ~ dgn janjang prb perihal tidak dapat diceraikan (orang yg berkasih-kasihan dll); peleraian proses meleraikan sesuatu: ~ masalah; pelerai 1. orang yg meleraikan (orang berkelahi dll), benda (ubat dll) yg menghindarkan penyakit dll: dipadankan sahaja rambut itu akan dijadikan tangkal dan azimat, dijadikan ubat jerih ~ demam; 2. (alat) utk memisahkan biji drpd tangkai: jentera ~ lada hitam; ~ demam a) ubat yg menyembuhkan penyakit; b) ki anak atau kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
irik | mengirik 1. menekan dgn kaki; memijak: Jika ada orang yg ~, rakit itu tenggelam sehingga buku lali. 2. memijak-mijak padi utk meleraikan buah dr tangkainya; memukul-mukulkan pokok kacang utk meleraikan buah dr tangkainya: Selepas menuai, mereka ~ pula. pengirik alat yg digunakan utk mengirik: mesin ~. | Kamus Pelajar |
lerai | gugur dr tangkai (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus spt langsat, rambai); luruh: buah yg ~. meleraikan 1 menanggalkan buah dr tangkainya (bkn buah-buahan yg bergugus-gugus). 2 menghentikan atau menceraikan orang yg sedang berkelahi dll: Pak Mat mencuba ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu tetapi tidak berjaya. terlerai dpt dipisahkan (bkn orang yg berkelahi dll); tercerai. pelerai 1 orang yg meleraikan (perkelahian dll). 2 ubat dll yg digunakan supaya terhindar drpd penyakit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengherek | meleraikan padi drpd romannya (dgn memijak-mijak tangkainya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peleraian | proses meleraikan sesuatu: ~ masalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |