melibat | membelit atau membungkus (dgn sesuatu); membebat: Ular ~ di dahan kayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melibat | membungkus, melipat, membebat, membelit; pelibatan, | Kamus Dewan Edisi Keempat |
libat | ; melibat membungkus, melipat, membebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
libat I | ; melibat membelit atau membungkus (dgn sesuatu); membebat: Ular ~ di dahan kayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
punitif | bkn perbuatan mengenakan (melibatkan) hukuman: negara kecil sanggup mengambil tindakan penentangan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
radiologi | cabang ilmu perubatan yg melibatkan penggunaan unsur (tenaga) radioaktif dlm pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aritmetik | sains tentang nombor yg melibatkan proses tambah, tolak, bahagi, dan darab, kira-kira: mencampur, menolak, mendarab, dan membahagi angka termasuk dlm bidang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata konvensional | senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akaun | 1. rakaman berupa catatan atau keterangan ringkas mengenai urusan yg melibatkan pembayaran (penerimaan dsb) wang, rakaman perbelanjaan (penerimaan dsb) wang pd ruang debit dan kredit buku kira-kira; 2. penyata (keterangan ringkas) mengenai hasil segala urusan (syarikat perniagaan dll) yg melibatkan pembayaran atau penerimaan wang; 3. simpanan wang di bank dan rakaman yg berkaitan dengannya; ~ bank akaun yg dibuka oleh individu atau institusi bagi tujuan urus niaga kewangan yg menggunakan perkhidmatan sesebuah bank; ~ beku akaun yg urus niaganya dihentikan berikutan perintah mahkamah atau kematian pemegang akaun yg berkenaan; ~ bersama akaun bank utk sekurang-kurangnya dua penama dgn masing-masing berhak mengeluarkan simpanan drpd akaun itu; ~ lapuk akaun pinjaman yg tidak dibayar dan kemungkinan utk mendapatkan kembali bayarannya amat tipis sehingga akaun pinjaman tersebut terpaksa dihapus kira; ~ luput akaun yg tempoh matangnya telah tamat atau berlalu; ~ pendapatan dan perbelanjaan akaun yg meringkaskan semua hasil dan perbelanjaan sesebuah organisasi bukan perniagaan utk satu tempoh perakaunan; ~ penerima sahaja arahan pd cek supaya cek itu hanya boleh dimasukkan ke dlm akaun penerima, tidak boleh dipindahkan atau dibuat pembayaran atas penama lain, dan tidak boleh ditunaikan; ~ semasa akaun (simpanan) yg tidak diberi faedah dan dapat dikeluarkan dgn cek; ~ simpanan akaun yg dibuka di bank perdagangan atau institusi kewangan yg wang simpanannya diberi faedah dan boleh dikeluarkan pd bila-bila masa sahaja; ~ T akaun yg mempunyai ciri-ciri lejar berbentuk T dgn debit pd ruang kiri dan kredit pada ruang kanan; ~ untung rugi akaun yg menunjukkan untung kasar dan belanja kendalian utk pengiraan untung bersih bagi satu tempoh perakaunan; perakaunan yg berkaitan dgn akaun: prinsip-prinsip ~; prosedur ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kroni | kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi): ada cemuhan di kalangan sesetengah orang kononnya keistimewaan itu hanya dinikmati segelintir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |