melukai | 1 menyebabkan sesuatu jadi luka; mendatangkan luka pd: Pisau yg dibalingkan oleh musuh itu ~ kakinya. 2 menyakiti (hati): Kata-kata yg pedas itu ~ hatinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melukai hati | menyakiti hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melukai musuh | mendatangkan luka pd musuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melukai | 1. mendatangkan luka pd; ~ musuh mendatangkan luka pd musuh; 2. = melukakan menyakiti (hati): sindiran yg ~ hati dihamburkan kepadanya; ~ hati menyakiti hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pampas I | denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll): membayar ~ yg patut; memampas membayar denda atau ganti rugi (kerana melukai orang dll); memampasi membayar pampasan (ganti rugi) kpd seseorang (kerana mengalami kemalangan, kerugian dsb): kerajaan akan ~ setiap tuan tanah yg tanah mereka terlibat dlm projek pelebaran jalan itu; pampasan 1. wang (barang dll) yg dibayar sbg ganti rugi: wang ~; ~ perang; 2. = pemampasan perihal membayar ganti rugi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dabus | = permainan ~ = pertunjukan ~ pertunjukan kekebalan dgn mencuba melukai diri; anak ~ orang yg mengambil bahagian dlm permainan dabus; besi ~ = mata ~ sj besi tajam utk melukai atau menusuk diri (dlm permainan dabus); khalifah ~ pemimpin permainan dabus; ~ rantai rantai besi yg merah pijar warnanya dan dipakai dlm permainan dabus; berdabus memperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan kekebalan: pendekar leka bersilat, khalifah leka ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menikam | 1. menusuk (dgn pisau dll), men-cucuk atau melukai (dgn senjata tajam): ada orang yg telah mati ditikamnya; 2. seolah-olah masuk ke dlm tubuh dll, menerbitkan (mendatangkan) sesuatu kesan yg terasa benar: angin malam kian ~ ke tulang sumsum; hentakan kaki bergema ~ gegendang telinga-nya; 3. ki menyakiti, melukai, menyinggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajam I | 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujungnya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (mendengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat menggesek biola spt bapanya itu; 4. mudah menangkap atau mengerti (akal, fikiran), pintar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menengah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pandangan, air muka): ia memerhati dgn pandangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, berpengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosioekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut manusia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana percakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya berkerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendirinya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan mendalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ sanding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia bertambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranjau | 1 benda yg tajam hujungnya yg dipasang di tanah utk melukai orang: Kami terpaksa melalui jalan yg penuh dgn duri dan ~. 2 bom yg ditanam di darat atau yg dipasang di laut utk membinasakan (kapal dll) musuh: Banyak kapal yg tenggelam kerana terlanggar ~ laut. 3 = ~ hidup kesusahan yg ditempuh dlm hidup: Ia orang tua yg banyak pengalaman dan telah menempuh segala ~ hidup. meranjau 1 memasang ranjau. 2 melukai kaki dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ranjau | 1 benda yg tajam hujungnya yg dipasang di tanah utk melukai orang:Kami terpaksa melalui jalan yg penuh dgn duri dan ~ 2 bom yg ditanam di darat atau yg dipasang di laut utk membinasakan (kapal dll) musuh: Banyak kapal yg tenggelam kerana terlanggar ~ laut. 3 = ~ hidup kesusahan yg ditempuh dlm hidup: Ia orang tua yg banyak pengalaman dan telah menempuh segala ~ hidup. meranjau 1 memasang ranjau. 2 melukai kaki dll. | Kamus Pelajar |