gobek | (gobék) sj alat (spt tabung kecil) utk melumatkan sirih; anak ~ sj antan utk melumatkan sirih; ~ api sj alat utk membuat api; menggobek melumatkan (menumbuk) sirih dgn gobek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gobek | /gobék/ alat spt tabung kecil utk melumatkan sirih: anak ~ alat spt antan yg kecil utk melumatkan sirih. bergobek menggunakan gobek kerana sudah tua dll. menggobek melumatkan sirih dgn gobek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gobek | /gobék/ alat spt tabung kecil utk melumatkan sirih: anak ~ alat spt antan yg kecil utk melumatkan sirih. bergobek menggunakan gobek kerana sudah tua dll. menggobek melumatkan sirih dgn gobek. | Kamus Pelajar |
melumatkan | menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melumatkan | 1. menjadikan lumat dgn menumbuk (mengunyah dll): dia ~ benda itu dlm sebuah lesung; 2. ki menghancurkan, memusnahkan: meriam musuh telah ~ kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lumat | hancur betul; halus sekali: Dia menggiling biji kacang itu hingga ~. melumatkan menjadikan lumat; menghancurkan dgn menumbuk, mengunyah dll. pelumat alat utk melumatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pipis | ; berpipis sudah dilumatkan (dihaluskan): lada yg hampir lumat ~ itu dijemputnya; memipis melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah, dll) dgn batu giling dll: ~ kasar; memipiskan memipis (lada, rempah dll) utk; pipisan alat utk memipis atau melumatkan (lada, rempah, dll), batu giling. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memipis | melumatkan atau menghancurkan lada dll dgn batu giling dll: ~ kunyit dan asam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melecek | melumatkan atau menekan-nekan (nasi, pisang dll) supaya lembik; melenyek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menggobek | melumatkan sirih dgn gobek. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |