Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.kai] | مماکاي

Definisi : 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Memakai dunia berganti-ganti;
     yang hidup sesarkan mati,
dengan mati itu bernanti-nanti.

Bermaksud :

Keturunan yang tiada putus-putus. sesarkan = dalam peribahasa ini maksudnya gantikan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bertelepuk1. memakai telepuk: dikenakan pula baju alang sayap layang-layang ~, per­buatan orang dahulu; 2. = bertelepukkan memakai sbg telepuk: dia memakai sapu tangan ~ intan baiduri;Kamus Dewan Edisi Keempat
bercermin1. melihat muka sendiri dlm cermin (air jernih dll): ia memakai pakaian sambil ~; 2. memakai cermin, ada cerminnya, berkaca: almari pakaian biasanya ~; ~ mata memakai cermin mata; 3. ki mengambil teladan (contoh, pelajaran): kenapa kita mesti ~ kpd orang jahat; 4. ki meneliti, memeriksa; ~ bangkai mendapat (menanggung) malu; jangan ~ di air keruh prb jangan diturut teladan yg buruk;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertelepukkanmemakai sbg telepuk: dia memakai sapu tangan ~ intan baiduri;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkemban1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersusuk1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk pemanis;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpandukan1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan;Kamus Dewan Edisi Keempat
bertajuk1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana tubuh, berkain pan­cung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya (karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
cawatkain (daun, kulit kayu dsb) yg dijadikan penutup kemaluan. bercawat memakai cawat. mencawatkan memakai (kain dll) sbg cawat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
samping IIkain sarung pendek yg di­pakai di luar ketika memakai pakaian Melayu. bersamping memakai sam­ping.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kembankain yg dipakai oleh orang perempuan utk menutup dada. berkemban 1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas