Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.dang] | ممندڠ

Definisi : 1. menggunakan mata utk me­ngetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan per­hatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) mengang­gap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, me­mikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.dang] | ممندڠ

Definisi : 1 menggunakan mata utk mengetahui; melihat: Perempuan tua itu ~ muka Abdullah dgn mata yg tidak berkelip-kelip. 2 menyetujui menerima sbg; menganggap: Saya ~nya sbg adik saya sendiri. 3 mengambil berat atau mengambil kira ttg; mempedulikan; memikirkan: Keadilan tidak ~ pangkat atau harta. ~ berat menganggap penting. ~ enteng (mudah, ringan) menganggap enteng (mudah, ringan). ~ rendah tidak menghormati; menganggap rendah. ~ serong menganggap tidak baik atau tidak jujur; tidak mempercayai. ~ tinggi menaruh rasa hormat (terhadap seseorang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pemandangan1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia, terdapat banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
langak; ~-languk = ~-longok memandang-­mandang (spt ada benda atau orang yg dicari­cari); melangak memandang (ke atas), memandang dgn mendongak-dongakkan kepala: aku ~ ke atas dan nampak buah pisang yg tidak ada jantungnya lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemandangan1 kebolehan memandang; kekuatan mata utk memandang: ~nya sudah kabur. 2 keadaan alam sekeliling yg dpt dipandang: Di Malaysia banyak ~ yg cantik dan menarik. 3 perbuatan (cara, hal dsb) memandang.Kamus Pelajar
memandang seronga) memandang ke samping; b) menganggap tidak wajar; 2. ki tidak lurus hati, tidak jujur, curang: berlaku ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
melangakmemandang (ke atas), memandang dgn mendongak-dongakkan kepala: aku ~ ke atas dan nampak buah pisang yg tidak ada jantungnya lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
saujana mata memandangsejauh mata memandang; sejauh pandangan mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seyojana mata (memandang)sejauh mata memandang; ® saujana.Kamus Dewan Edisi Keempat
lihat; berlihat-lihatan saling memandang. melihat 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. melihatkan melihat akan; memandang kpd: Dia kasihan ~ anaknya yg sakit terlantar di hospital. memperlihatkan menunjukkan sesuatu supaya dpt dilihat; menayangkan wayang gambar dll: Murid-murid itu telah ~ tarian zapin kpd para pelancong. kelihatan 1 dpt dipandang atau dilihat: Anak bulan belum ~, jadi besok belum lagi kita berpuasa. 2 nampaknya; lahirnya; rupanya: Dia ~ takut dan cemas. 3 ternyata; diketahui; ketahuan: Sekarang sudah ~ siapa yg bersalah. penglihatan 1 kebolehan utk melihat: ~ yg tajam. 2 pancaindera utk melihat: ~nya sudah rosak. 3 apa-apa yg dilihat atau dipandang; pandangan: Pd ~ Abdullah, di situ ada orang menjual nasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
seyojana; ~ mata (memandang) sejauh mata memandang; ® saujana.Kamus Dewan Edisi Keempat
saujanajarak yg jauh sekali; luas sekali: ~ mata memandang sejauh mata memandang; sejauh pandangan mata.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas