keloi II | Kd; alat ~ alat perhubungan elektronik utk memanggil seseorang; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memanggil seseorang melalui alat elektronik; mengeloi memanggil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laung | suara yg kuat (utk memanggil atau menyeru), suara yg nyaring; berlaung = ~ kata sl berucap dgn suara nyaring, berseru; melaung berteriak (memanggil, menyeru) dgn suara yg kuat: sambil memegang tangan adiknya, Ramli cuba ~ dgn sekuat-kuatnya; melaungkan 1. meneriakkan, memanggilkan: ketika itu Wan Dah ~ supaya jangan dikejar perahu yg lari itu; 2. = melaung-laungkan menganjurkan (mengucapkan dsb) sehingga atau dgn cara diketahui umum, menyerukan: beliaulah yg selalu ~ penggunaan tong sampah; laungan panggilan, teriakan: ~nya itu didengar orang; pelaung 1. = gong ~ sl gong utk menghimpunkan (mengerahkan, memanggil) orang; 2. = alat ~ alat utk membesarkan suara; sepelaung, sepelaungan sejauh yg boleh didengar teriakan orang, jarak yg agak dekat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanggil | 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2 menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya “Ali Pendek”. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memanggil-manggil | menyebut (meneriakkan) nama seseorang berulang kali: tatkala ahli keluarga sedang bersarapan di dlm rumah, kami terdengar orang ~ ayah dr luar; anak itu menangis sambil ~ ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanggil | 1. menyuruh datang (balik) dgn menyebut nama dll: maka bertemulah dgn sebuah perahu peraih ikan, maka dipanggil, lalu datanglah ia; 2. menjemput, mengundang (ke majlis kenduri dll): segala orang yg berkenaan akan dipanggil utk menyaksikan perayaan itu; 3. menamakan, menggelar, menyebut: buah ini dipanggil timun; selama besar ini, dia termalu-malu ~ abang; belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb terlalu rajin (lekas mengerjakan sesuatu yg disuruh); kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersua prb jawaban yg tepat bagi sesuatu pertanyaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanggil | 1 menyuruh datang atau kembali dgn meneriakkan namanya: Ibunya ~, “Ali, pulang”. 2menyilakan datang; menjemput datang; meminta datang: Dia pergi ~ doktor. 3 memberikan gelaran atau julukan; menyebut: Orang ~nya Ali Pendek. | Kamus Pelajar |
seru I | ; kata ~ a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); berseru 1. memanggil dgn berteriak (dgn suara nyaring): Mariam ~ dgn suara tinggi; 2. mempelawa, mengajak, menganjurkan: Presiden Park telah ~ kpd semua rakyat supaya bekerja dgn lebih kuat lagi; berserukan sl = menyerukan; menyeru memanggil, meneriak: pegawai itu ~ nama Salim; pesuruh Allah ~ manusia supaya mengenal Allah dan taat kpd Allah; menyerukan 1. meneriakkan atau mengucapkan sesuatu dgn nyaring: seorang pegawai yg berpakaian hebat telah ~ suatu titah drpd yg maha mulia; 2. menghebahkan, mengkhabarkan, mengumumkan: keputusannya akan diserukan kemudian; 3. menganjurkan atau mengusulkan (supaya): rencana yg ~ supaya ada kerjasama antara sasterawan, wartawan, dan ahli sains Melayu sangat menarik perhatian; 4. = menyeru-nyerukan mengheboh-hebohkan, menggembar-gemburkan; seruan 1. sesuatu yg diserukan, panggilan (dgn suara yg nyaring): ~ yg berapi-api dan pidato-pidato sahaja tidak akan memberi apa-apa manfaat; 2. anjuran, ajakan: Nabi mula-mula menyampaikan ~ Islam kpd orang yg hampir sekali dengannya; penyeruan perbuatan menyeru (menyerukan): Abu Talib telah memberi sepenuh-penuh sokongan kpd Rasulullah dlm ~nya itu; penyeru 1. ark seruan; 2. orang yg menyeru atau menyerukan, juruhebah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanggilkan | 1. memanggil utk: panggilkan dia sebuah teksi; 2. memanggil (menyebut) dgn: ia berasa gembira apabila orang ~ tuan kepadanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguitkan jari | menggerakkan jari utk memanggil dsb: Dia ~ jarinya utk memanggil kawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menguitkan | ; ~ jari menggerakkan jari utk memanggil dsb: Dia ~ jarinya utk memanggil kawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |