membelok | menukar arah: Tiba-tiba kereta itu ~ ke kanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membelok | menukar hala, memusing: bas yg mereka tumpangi ~ masuk ke kampung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membelok | membelenggu dgn belok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyimpang | 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bias | membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; membiaskan membelokkan arah, menyebabkan arah membelok dr asal; terbias terbelok dr arah asal: gelombang haba ~ dan berbalik spt gelombang cahaya; biasan 1. penyimpangan dr arah asal (spt hujan dihembus angin, sinar cahaya dlm air, dll): apabila cahaya itu melintas drpd satu perantaraan yg hening kpd yg lain, fenomena ini dinamai ~; 2. bayangan perasaan: ~ wajah ceria anak-anak itu jelas menggambarkan rasa riang di hati kecil mereka; pembiasan perihal (proses atau perbuatan) membias atau membiaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelekoh | membelok, membengkok, ber-ganti arah: bas itu terhuyung-hayang apabila ~; telengkoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membias | membelok dr arah asal (hujan dihembus angin, perahu ditempuh badai, sinar cahaya dlm air, dll): dgn takdir Allah Taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun ~ ke Brunei; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memengkol | melengkok, membelok, mengelok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membias | menyimpang atau membelok dr arah yg semula (spt hujan ditiup angin); bertukar arah kerana sesuatu sebab: Oleh sebab angin terlalu kencang, air hujan pun ~ ke dlm rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melengkok | menjadi bengkok, membelok, mengelok, menyelekoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |