Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pinjam1. = memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat semen­tara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn mem­bayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; meminjami 1. memberi pinjam kpd: kami tidak perlu membeli semua jenis buku, perpustakaan dapat ~ kami; 2. meminjam barang dll pd; meminjamkan memberikan barang dll utk dipinjam: dia pula tidak sepi drpd ~ beras atau wang kpd tetangganya; pinjaman 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; peminjaman perihal (perbuatan dsb) memin­jam atau meminjamkan; peminjam 1. orang yg meminjam: ~ wang dr bank harus membayar bunga; 2. orang yg memberi pinjam: seorang ~ wang mengenakan bunga atas pinjamannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
suar1. cahaya lampu (nyala api dll) yg digunakan sbg isyarat; memberi ~ memberi isyarat dgn api; mercu ~ Id rumah api; 2. suluh atau obor yg digunakan utk memikat ikan; bersuar memakai suar, memberi isyarat dgn nyala api (cahaya lampu dll); menyuar menyinari, menyuluhi; ~ ikan memikat ikan dgn suluh, menyuluhi ikan; ~ lebah mengusir lebah dgn suluh utk mendapatkan madunya; tersuar dinyalakan, terpasang.Kamus Dewan Edisi Keempat
perangsangsesuatu yg dpt membangkitkan semangat, kemahuan dsb; dorongan; galakan: memberi ~ memberi galakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
taklimatpenerangan ringkas ttg se­suatu: ~ itu akan disampaikan oleh Ketua Pengarah. memberi ~ memberi penerangan ringkas. mentaklimat­kan memberikan penerangan ringkas (ttg sesuatu): Beliau akan ~ arahan itu kpd semua staf yg terlibat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perangsang1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang.Kamus Dewan Edisi Keempat
salam1 aman damai; sejahtera (biasanya digunakan dlm kata majmuk saja): darussalam negeri yg aman damai. 2 tanda menghormati seseorang ketika bertemu, sama ada dgn perkataan atau dgn perbuatan: Dia membalas ~ sahabat-sahabatnya. memberi ~ memberi hormat dgn mengucapkan assalamualaikum dll. bersalam berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat, baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu. bersalam-salaman saling berjabat tangan; saling memberi salam: Kami ~ dahulu sebelum mengadakan mesyuarat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mentauliahkanmemberi tauliah; memberi kuasa (kpd seseorang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyerahimemberi kpd; memberi seseorang sesuatu: Dia diserahi tugas yg berat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mentauliahkanmemberi tauliah, memberi kuasa: adalah yg berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;Kamus Dewan Edisi Keempat
peringatan1 hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan: Dia telah menerima surat ~ dr pejabat tanah. 2 sesuatu yg mesti diingat: Kejadian itu menjadi ~ kpd kita semua. 3 sesuatu yg digunakan utk memperingati; kenang-kenangan: tugu ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas