Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memfitnah, memfitnahkan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
fitnahtuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
gunjingMn fitnah, umpat; ~ gujirak (gujirat) berbagai-bagai fitnah; menggunjing memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang dsb); menggunjingkan memfitnahkan, mencaci (orang), memperkatakan keburukan (orang dsb); gunjingan umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas