denda | 1 wang yg mesti dibayarkan kerana melanggar peraturan atau melanggar undang-undang: Dia diwajibkan membayar ~ sebanyak RM2,000.00 atau masuk penjara selama setahun. 2 hukuman (bkn kesalahan yg kecil): ~ atas murid yg tidak membuat kerja rumah; ~ kerana melawan cakap orang tuanya. mendenda 1 mengenakan denda pd: Mahkamah telah ~nya sebanyak RM500.00. 2 menghukum (bkn kesalahan yg kecil): Guru ~nya kerana datang lewat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
denda | 1. hukuman berupa wang, sejumlah wang yg (mesti) dibayar (kerana telah melakukan sesuatu kesalahan spt melanggar peraturan, undang-undang, dll): setelah membayar ~, orang itu dilepaskan; 2. hukuman (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ~ atas murid yg datang lambat; mendenda 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. menghukum (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; dendaan 1. hukuman berupa wang, denda: ~ hakim itu sangat berat; 2. wang yg dibayar sbg memenuhi hukuman, wang dr denda: tiap-tiap ~ yg dikutip dijadikan sebahagian drpd hasil negeri; pendendaan perihal (perbuatan) mendenda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendenda | 1 mengenakan denda pd: Mahkamah telah ~nya sebanyak RM500.00. 2 menghukum (bkn kesalahan yg kecil): Guru ~nya kerana datang lewat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendenda | 1. menjatuhkan (mengenakan) denda, menghukum dgn memutuskan supaya yg bersalah membayar sejumlah wang: mahkamah berkuasa menghukum atau ~ orang-orang yg didapati bersalah; 2. menghukum (biasanya berkaitan dgn kesalahan yg agak kecil): ayahnya ~nya kerana kecuaiannya itu; didenda dgn emas yg habis, dipancung dgn pedang yg hilang prb denda pd nama sahaja, yg dikehendaki hanyalah perdamaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendenda | 1. mengenakan denda pd: Mahkamah telah ~nya sebanyak RM500.00. 2. menghukum (bkn kesalahan yg kecil): Guru ~nya kerana datang lewat. | Kamus Pelajar |
mendera | 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menitik | 1. memukuli (besi, emas, dll) berkali-kali, menempa: orang yg hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik III | bertitik dipukul, ditempa; emas ~ emas yg ditempa; menitik 1. memukuli (besi, emas, dll) berkali-kali, menempa: orang yg hendak dihukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dera | 1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3. ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri; mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas drpd ~; penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut; pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
denda | 1. wang yg mesti dibayarkan kerana melanggar peraturan atau melanggar undang-undang: Dia diwajibkan membayar ~ sebanyak RM2,000.00 atau masuk penjara selama setahun. 2. hukuman (bkn kesalahan yg kecil): ~ atas murid yg tidak membuat kerja rumah; ~ kerana melawan cakap orang tuanya. mendenda 1. mengenakan denda pd: Mahkamah telah ~nya sebanyak RM500.00. 2. menghukum (bkn kesalahan yg kecil): Guru ~nya kerana datang lewat. | Kamus Pelajar |