menghadiahi | memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghadiahi | memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cenderamata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghadiahi | memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga. | Kamus Pelajar |
mengurniai | menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganjari | 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengganjar | 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjar | ; mengganjar, mengganjari 1. membalas jasa dgn hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yg telah berjasa kpd tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap;mengganjarkan 1. menghadiahkan; 2. memberikan balasan; ganjaran 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persen II | (persén) Id hadiah, pemberian, upah, wang kopi: ~ yg diterima Fauzi hari itu dibawanya pergi dgn hati yg teguh; memerseni memberi persen kpd, menghadiahi; memersenkan memberikan sbg persen (hadiah); persenan hadiah, pemberian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kurnia | 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, memberikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengurniakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadiah | 1 apa-apa yg diberikan kpd seseorang kerana menghargai jasanya, sbg kenang-kenangan dll: Dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya. 2 upah atau ganjaran kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan dsb: Pemenang dlm perlumbaan itu diberi ~ sebuah piala perak. ~ Nobel hadiah tahunan kerana sumbangan yg istimewa dlm lapangan perubatan, kesusasteraan, ekonomi dll. ~ sagu hati hadiah atau ganjaran yg diberikan kpd peserta-peserta yg kurang bernasib baik. menghadiahi memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga. menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |