mengikatkan | mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kontrak | 1. perjanjian formal dgn syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih: menandatangani ~ perdagangan antara syarikat; buruh ~ buruh yg terikat oleh perjanjian bekerja dgn majikan; mendapat ~ mendapat hak dgn berdasarkan perjanjian utk mengurus (menjual dll), mendapat hak (mengurus dll sesuatu) dgn ikatan perjanjian; mengikat ~ mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; 2. dokumen yg mengandungi syarat-syarat perjanjian ini: ~ hadapan; ~ niagaan ke depan; 3. cabang undang-undang yg berkaitan dgn kontrak; ~ hadapan (Eko) perjanjian urus niaga antara pembeli dgn penjual yg bersetuju berjual beli komoditi atau mata wang pd masa akan datang; ~ niagaan ke depan (Eko) kontrak pembelian atau penjualan komoditi, mata wang, indeks, dan instrumen kewangan yg dibuat utk dipenuhi pd tarikh tertentu masa akan datang; ~ sosial a) persetujuan yg telah dicapai antara pihak-pihak yg berkepentingan utk membentuk sebuah masyarakat yg padu dan sejahtera dgn setiap pihak bersedia bertolak ansur serta mengetepikan kepentingan peribadi tertentu; b) (Udg) persetujuan rakyat utk menyerahkan kebebasan individu sbg balasan kpd perlindungan yg diberikan oleh pemerintah dan pemerintah mesti memerintah selaras dgn hasrat rakyat; berkontrak berkaitan dgn, terkandung dlm atau berdasarkan kontrak: tuntutan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengikat | 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulang I | 1. kain dll yg dililitkan pd kepala; ~ bidang sj tengkolok hitam; ~ hulu a) ikat kepala, tengkolok; b) sl kekasih; tali ~ tali yg dililitkan di kepala sbg ganti kain; 2. pengikat taji; ~ atas cara mengikat taji yg sama parasnya dgn susuh; ~ bugis cara mengikat taji pd jari belakang; ~ cipai cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ dagang cara mengikat taji pd kaki kiri sepanjang susuh; ~ golok cara mengikat taji antara jari; ~ jangkil cara mengikat taji pd jari yg terkecil; ~ kanan cara mengikat taji pd kaki kanan sepanjang susuh; ~ lepas cara mengikat taji pd jari yg tertegap; ~ luar cara mengikat taji di atas jari kecil; ~ panggang cara mengikat taji di atas taji; ~ tiga jari cara mengikat taji pd ketiga-tiga jari muka; ~ tunjuk cara mengikat taji pd jari depan yg di luar; ~ sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib); bulang-bulang sesuatu yg dililitkan pd kepala;berbulang 1. berlilit pd kepala, bertengkolok: ia ~ kain sutera; 2. berikat taji: ayam yg ~; membulang 1. melilitkan pd kepala: ia ~ kain pd kepalanya; 2. mengikat taji pd kaki ayam dgn tali: ayam pun dibulang oranglah;terbulang terikat taji; ~ ayam betina prb orang yg dianggap berani dll, tetapi teryata sebaliknya;bulangan lilitan (ikatan); pembulang (orang dll) yg membulang; kerbau ~ tali prb orang yg berbalik-balik fikirannya (tiada tetap hati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengikat kontrak | mengikat perjanjian berdasarkan kontrak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meringkus | 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan, membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai (mencuri) barang yg diamanahkan, menggelapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikatan | 1 cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2 sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3 sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4 kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bulang | 1 kain dsb yg diikatkan pd kepala: Sapu tangannya dibuat ~. 2 tali utk mengikat taji; cara mengikat taji pd kaki ayam sabungan. bulang-bulang apa-apa saja yg diikatkan pd kepala. berbulang 1 berikat kepala; berdestar. 2 memakai taji (ttg ayam sabungan). membulang 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. pembulang orang yg membulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ringkus | Jk; meringkus 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan, membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai (mencuri) barang yg diamanahkan, menggelapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikatan | 1. cara mengikat sesuatu; hasil drpd mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik. 2. sesuatu yg telah diikat; berkas: Kayu api ini ~nya kecil-kecil saja. 3. sesuatu yg ada kaitannya antara satu dgn yg lain; hubungan: Kita masih mempunyai ~ darah dgn mereka. 4. kumpulan beberapa orang yg bersatu; gabungan: ~ pemuda Islam. | Kamus Pelajar |