mengurangkan | menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengurangkan | 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minimum | (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yg tidak dapat dielakkan; peminimuman perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling rendah: soal ~ kos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
skrin tak silau(non-glare screen) | 1. Skrin yang diletakkan di hadapan kaca pengawas video untuk mengurangkan silau cahaya daripada mengganggu mata pengguna sistem. 2. Skrin pengawas video yang mempunyai kemampuan mengurangkan silau. | Kamus Komputer |
hembus | bp hambus, nyah, pergi: ~ dr rumahku; berhembus bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu; berhembus bergerak (bkn angin, udara dr mulut), bertiup: angin malam ~ perlahan mengurangkan kehangatan hawa ketika itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanopi | 1. sj langit-langit yg menjadi spt bumbung pd sesuatu; 2. bahagian dahan dan daun pokok-pokok yg paling tinggi yg seolah-olah berjalin dan berbentuk spt bumbung: ~ hutan mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah dan mengurangkan potensi hakisan; 3. khemah yg biasanya dibuat drpd kanvas, kain, plastik dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
brek | alat utk menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan kenderaan (kereta, basikal, dll): apabila ia menekan ~, keretanya berhenti; ~ angin brek yg menggunakan udara mampat, terutamanya pd kenderaan berat spt lori dan bas; ~ gelendong sistem brek kenderaan yg kepingan logam melengkungnya menekan permukaan dalam gelendong logam yg berputar apabila membrek; ~ hidraulik sistem brek kenderaan bermotor yg menggunakan tekanan hidraulik; ~ kaki brek yg ditekan dgn kaki utk memberhentikan atau memperlahankan kenderaan (kereta, motosikal dsb); ~ piring = ~ cakera sistem brek kereta dsb yg menggunakan geseran sepasang pad yg ditekan pd cakera brek yg berputar pd hab roda; ~ tangan a) brek kenderaan (spt kereta, lori dsb) yg dikendalikan dgn tangan, digunakan apabila kenderaan tidak bergerak; b) brek pd hendal motosikal (basikal dsb) yg dikendalikan dgn tangan; membrek menekan (menarik) brek: drebar ~, dan lori itu terhenti di tepi jalan; membrekkan menghentikan gerakan atau mengurangkan kelajuan dgn menekan (menarik) brek: ia ~ keretanya tidak berapa jauh dr simpang empat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meminimumkan | mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yg tidak dapat dielakkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosotkan | menurunkan; mengurangkan (harga, mutu dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendikitkan | mengecilkan (mengurangkan) belanja dll: Mereka terpaksa ~ penggunaan air kerana musim kemarau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |