Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.rit] | منجريت

Definisi : 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.rit] | منجريت

Definisi : 1 berteriak kuat-kuat; memekik: Ia ~ sekuat-kuat hatinya apabila pencuri itu masuk ke rumahnya. 2 mengeluh (kerana kesusahan dll): Kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat sekalian ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjerit

Peribahasa

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menjerit1 berteriak kuat-kuat; memekik: Ia ~ sekuat-kuat hatinya apabila pencuri itu masuk ke rumahnya. 2 mengeluh (kerana kesusahan dll): Kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat sekalian ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menjerit1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
menjerit1. berteriak kuat-kuat; memekik:Ia ~ sekuat-kuat hatinya apabila pencuri itu masuk ke rumahnya. 2. mengeluh (kerana kesusahan dll):Kenaikan harga barang-barang keperluan menyebabkan rakyat sekalian ~.Kamus Pelajar
lalak; melalak menjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat. terlalak-lalak dlm keadaan menjerit-jerit dgn kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pikau I; berpikauan menjerit-jerit dgn tidak tentu arah (kerana takut dll); terpikau-pikau kebingungan dan menjerit­-jerit dgn tidak tentu arah: maka terkejutlah segala Bugis di dlm kubu itu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
lalakmelalak menjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat. terlalak-lalak dlm keadaan menjerit-jerit dgn kuat.Kamus Pelajar
jerit Ijeritan; menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll); terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras; jeritan 1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll): mereka tidak mengendahkan ~ kaum ibu utk kebebasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ratap I= ratapan rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis, menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan); meratap menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil meninggal, masih ada sahaja orang ~; meratapi meratap kerana menangisi: hati­nya ~ nasibnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
melolongmenjerit atau meraung; menangis dgn kuat: Ia ~ lalu pengsan apabila mendengar berita buruk itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melalakmenjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas