pada I | 1 kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penunjuk | 1 alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: jarum ~ kelajuan. 2 orang yg menunjuk atau menunjukkan. ~ jalan a. orang yg menunjukkan jalan; mualim. b. tanda panah utk menunjukkan jalan. ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanda | 1 = ~ baca lambang atau simbol dlm tulisan spt koma, noktah yg mempunyai erti tertentu; 2 sesuatu yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu; alamat: Burung berkicau ~ hari akan siang. 3 sesuatu yg menunjukkan kebenaran sesuatu yg lain; bukti; dalil: Tidak ada ~ yg menunjukkan bahawa dia telah mencuri barang-barang itu. ~ aras ist piawai yg digunakan utk membandingkan prestasi dsb sesebuah organisasi dgn prestasi dsb organisasi pesaing, dgn tujuan utk memperbaik prestasi organisasi tsb. ~ bahagi tanda (÷) yg menunjukkan bahawa sesuatu angka mesti dibahagikan. ~ campur tanda (+) utk menjumlahkan angka (spt 5+13; 4+8). ~ darab (kali) tanda (x) yg menunjukkan berapa kali sesuatu angka mesti didarabkan. ~ koma tanda (,) utk menunjukkan tempat berhenti sebentar dlm bacaan, utk memisahkan butiran dlm senarai dll. ~ kurung tanda ( ) utk menunjukkan unsur pilihan bagi pembaca, utk menunjukkan keterangan atau penjelasan ttg sesuatu, dsb. ~ lahir tompok yg biasanya berwarna merah atau coklat, pd kulit seseorang sejak lahir. ~ mata hadiah utk kenang-kenangan. ~ panah tanda (®) yg menunjukkan hala, arah dll. ~ pangkat tanda yg menunjukkan pangkat seseorang dlm pasukan tentera dll. ~ seru (seruan) tanda (!) utk tujuan melahirkan rasa sakit, hairan, marah dsb. ~ tanya a. = ~ soal tanda (?) dlm tulisan utk menyatakan soalan. b. hal yg belum terang atau belum jelas lagi. ~ tilde tanda (~) yg kebanyakannya digunakan dlm kamus utk menggantikan kata masukan yg terdapat dlm contoh penggunaan, gabungan kata dll. bertanda ada tandanya; memakai tanda: Kicap buatannya ~ kuda terbang. menandai 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. menandakan 1 menyatakan atau menunjukkan sesuatu; menjelaskan: Mukanya masam ~ bahawa dia tidak bersetuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. penandaan perihal (perbuatan dsb) menandai atau menandakan. petanda tanda atau alamat yg menunjukkan akan berlakunya sesuatu dll. penanda sesuatu yg digunakan sbg tanda; apa-apa yg menjadi tanda. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pada I | 1 nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3kata sendi utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. | Kamus Pelajar |
bergaya | 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peta | 1 gambar atau lukisan yg menunjukkan kedudukan sesuatu kawasan muka bumi (dgn sungai, sempadan, gunung dll). 2 hasil drpd melukis atau menggambar; lukisan; gambar. ~ angin peta yg menunjukkan arah perjalanan angin. ~ bit ist susunan bintik utk membentuk imej atau gambar pd skrin komputer. ~ bumi peta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai). ~ kontur peta yg menunjukkan kontur sesuatu kawasan. ~ lakar peta yg dibuat secara kasar saja. ~ magnet gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). ~ topo peta yg lengkap bagi sesuatu kawasan yg menunjukkan kedudukan sungai (bandar, bangunan, jalan raya, sawah dll). memeta membuat peta; melukis peta. memetakan 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta: Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu. 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 ki menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. pemetaan perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
peta | 1 gambar atau lukisan yg menunjukkan kedudukan sesuatu kawasan muka bumi (dgn sungai, sempadan, gunung dll). 2 hasil drpd melukis atau menggambar; lukisan; gambar. ~ angin peta yg menunjukkan arah perjalanan angin. ~ bumi peta yg khas menunjukkan tanah (gunung, laut dan sungai-sungai). ~ kontur peta yg menunjukkan kontur sesuatu kawasan. ~ lakar peta yg dibuat secara kasar saja. ~ magnet gambar rajah yg menunjukkan garis-garis daya magnet dlm medan magnet (yg mengelilingi sesuatu bar magnet). ~ topo peta yg lengkap bagi sesuatu kawasan yg menunjukkan kedudukan sungai (bandar, bangunan, jalan raya, sawah dll). memeta membuat peta; melukis peta. memetakan 1 menggambarkan tanah, gunung dsb dlm bentuk peta: Mereka telah siap ~ daerah pedalaman itu. 2 membuat gambar atau lukisan; melukis. 3 ki menentukan apa-apa yg harus dibuat dan apa-apa yg tidak utk orang lain. pemetaan perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. | Kamus Pelajar |
pandu | 1 = pemandu orang yg menunjukkan jalan; penunjuk jalan: Mereka berburu binatang dan mengambil upah menjadi ~ di dlm hutan. 2 kapal yg menunjukkan jalan di pelabuhan. 2 pertubuhan antarabangsa yg bertujuan mendidik ahli-ahlinya supaya berdisiplin serta berdikari dll; pengakap: ~ puteri pengakap wanita. berpandu menggunakan penunjuk jalan; ada pandunya: peluru ~. berpandukan menggunakan sesuatu sbg ikutan; berpedomankan: Membina rumah dgn ~ pelan. memandu 1 menunjukkan jalan: Siapa yg akan ~ kita di sana nanti? 2 mengendalikan (kenderaan) supaya bergerak mengikut arah yg betul; menjalankan (kereta dll): ~ kereta dgn cermat supaya jiwa selamat. 3 berlaku sbg ketua kpd; menjadi ketua kpd sesuatu pergerakan dll; memimpin: Dialah yg ~ rakyat menentang penjajahan. 4 ki membawa ke arah yg benar; menunjukkan jalan: Agama yg dibawa oleh rasul itu diperlukan oleh manusia utk ~ dan mengawal akal. panduan 1 sesuatu yg dijadikan pegangan atau ikutan; petunjuk: Pegawai-pegawai pertanian sentiasa memberikan ~ kpd orang-orang kampung ttg cara menjaga tanam-tanaman mereka. 2 kata-kata, petunjuk dsb yg diberikan utk memandu; hasil memandu: Dgn ~ anak Sayid Abu, rombongan Abdullah pergi mengadap Raja Kampung Laut. pemandu 1 orang yg memandu atau yg menunjukkan jalan; pandu: Mereka menjadi ~ kpd tentera pihak Berikat. 2 orang yg menjalankan atau membawa kenderaan: ~ teksi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuk II | tunjuk; mengunjuk menunjuk; mengunjukkan memberitahu dgn menunjuk, memperlihatkan, menunjukkan: Penghulu ~ tempatnya dan tempat ibu bapanya berkedai itu; pengunjukan perihal (perbuatan dsb) meng-unjukkan (menunjukkan), sesuatu yg memberi-tahu atau yg menunjukkan, petunjuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daripada | 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~ serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |