rampasan | 1 sesuatu yg dirampas: Mereka banyak beroleh barang ~. 2 tindakan merampas; kejadian merampas: ~ kuasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rampas | ; merampas 1 mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dgn paksa; merebut: Seorang pemuda telah ~ wang di tangannya. 2 mengambil alih sesuatu kekuasaan dgn paksa; merebut: Mereka sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka ~ kuasa. rampasan 1 sesuatu yg dirampas: Mereka banyak beroleh barang ~. 2 tindakan merampas; kejadian merampas: ~ kuasa. perampasan perbuatan atau hal merampas; penyamunan. perampas orang yg merampas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penjarah | 1. orang yg merampas; 2. suka merampas: tiada dinafikan ada juga bangsa ~ di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jarah I | barang dll yg dirampas; duduk meraut ranjau, berdiri mengintai ~ prb dlm setiap pekerjaan harus diingati faedah akan diri sendiri; menjarah merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah merampas, merompak, menyamun; jarahan jarah, rampasan; anak ~ anak rampasan; penjarahan perbuatan menjarah; penjarah 1. orang yg merampas; 2. suka merampas: tiada dinafikan ada juga bangsa ~ di situ. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merampas | 1 mengambil sesuatu kepunyaan orang lain dgn paksa; merebut: Seorang pemuda telah ~ wang di tangannya. 2 mengambil alih sesuatu kekuasaan dgn paksa; merebut: Mereka sengaja menimbulkan huru-hara supaya mudah mereka ~ kuasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merampas kuasa | mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merampas | 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjarah | merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah merampas, merompak, menyamun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serobot | Jk; tukang ~ orang yg suka merampas (merebut, mencuri, dll) hak orang lain; main ~ berbuat perbuatan yg melanggar peraturan (tidak sah); menyerobot 1. mengambil sesuatu dgn melanggar hukum atau peraturan (mencuri, merampas, menyerang, dll): basikal itu dise-robot orang; tunangannya diserobot orang; 2. mengerjakan sesuatu dgn nekad (dgn diam-diam): ia akan ~ sahaja masuk ke dlm tempat siaran itu; bola itu diserobot oleh lawannya dr belakang; 3. menggunakan jalan dgn tidak mengendahkan orang lain (peraturan jalan raya dll): jangan suka ~ jalan penyerobotan perbuatan menyerobot; penyerobot orang yg menyerobot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sita | 1 tuntutan mahkamah. 2 perihal mengambil, menahan atau merampas barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: Warga kota yg masih belum menjelaskan tunggakan cukai pintu akan dikenakan tindakan ~. menyita merampas, mengambil, atau menahan barang-barang dll dgn perintah mahkamah atau oleh polis: JPJ telah ~ empat buah kenderaan awam dlm operasi itu. sitaan barang dll yg disita. penyitaan perbuatan atau perihal menyita. penyita orang atau pihak yg menyita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |