[me.rang.ka/] | مرڠکق
Definisi : 1. berjalan dgn bertumpu di atas tangan dan lutut: dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba (melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk ke dlm alam fikiran kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.rang.ka/] | مرڠکق
Definisi : 1 bergerak dgn bertumpu di atas tangan dan lutut (dada dan perut tidak mencecah tanah): Anaknya baru pandai ~. 2 ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn perlahan-lahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)