Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
regang (adjektif)
Bersinonim dengan tegang, cekang, kejang, serius, kencang, terik, ganjat;,
Kata Terbitan : beregang-regang, meregang, meregangkan, keregangan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
regangtidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll); beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak ber­tumbuk dll); 2. = berseregang, ber­siregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, ber­kelahi; berseregang mulut bertengkar, ber­bantah keras; meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa; ~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga; meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), mem­bentangkan (kain dll) tegang-tegang, meng­hulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya; teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar; regangan sesuatu yg regang, tegangan; keregangan keadaan regang, ketegangan; peregangan perihal (perbuatan) me­regang­kan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
meregang1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa;Kamus Dewan Edisi Keempat
menggeliat1 menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~, kemudian terus ke bilik mandi. 2 memulas atau memiuh benda yg kaku dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geliat; menggeliat 1 menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~, kemudian terus ke bilik mandi. 2 memulas atau memiuh benda yg kaku dll. tergeliat tersalah urat dan berasa sakit (biasanya bengkak atau menjadi merah); terseliuh: Kakinya ~ kerana terjatuh ketika bermain bola.Kamus Pelajar Edisi Kedua
geliatmenggeliat 1. menghulur-hulurkan atau meregang-regangkan anggota spt ketika bangun drpd tidur dll: Apabila mendengar suara ibunya memanggil, Ali terjaga dan ~ kemudian terus ke bilik mandi. 2. memulas atau memiuh benda yg kaku dll. tergeliat tersalah urat dan berasa sakit (biasanya bengkak atau menjadi merah); terseliuh: Kakinya ~ kerana terjatuh ketika bermain bola.Kamus Pelajar
teraju1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregang­kan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentad­biran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kejangkaku (anggota dll), kejur, tegang (urat dll): mayat Bakri terbaring di situ ~ pucat; ~ mulut mulut terkancing atau tertutup rapat; mati ~ mati kaku (binatang yg mati tidak dgn disembelih); berkejang, berkejang-kejang melunjur­kan keras-keras (tegang-tegang), meregang­-regangkan (kaki); mengejang menjadi kejang: dia mengurut-urut perutnya melawan rasa sakit yg ~ itu; mengejangkan meluruskan (kaki) keras­keras (hingga menjadi kaku): dia ~ urat sarafnya; terkejang-kejang menjadi kejang dgn tiba­-tiba dan berkali-kali; kekejangan 1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt di­tarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas