Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesra (adjektif)
1. Bersinonim dengan sebati: berbaur, bersatu, bercampur baur,

2. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, ikrab, intim, rapat, dekat,
Berantonim dengan renggang

3. Dalam konteks janji
bersinonim dengan muluk-muluk, indah-indah, gah, sedap, enak, nyaman,

Kata Terbitan : bermesra, memesrakan, kemesraan,

Puisi
 

Tetak mengkuang paras mengkuang,
     Habis ditetak dimakan kambing;
Hendak buang tidak terbuang,
     Sudah mesra darah daging.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mesra alamtidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesra1 menyerap atau bercampur benar-benar; berpadu; sebati: Gaul serbuk besi dgn belerang itu sampai ~. 2 sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. ~ alam tidak memudaratkan atau tidak menjejaskan kualiti alam sekitar (bkn penggunaan sesuatu atau sesuatu kegiatan). ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb) terutamanya oleh orang yg kurang mahir (bkn sesuatu). bermesra 1 bergaul atau bersahabat dgn mesra. 2 bercumbu-cumbuan; berasmara. bermesraan bermesra antara satu dgn yg lain: Pasangan itu dilarang ~ di tempat awam kerana perbuatan itu boleh menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan orang lain. bermesra-mesraan saling menunjukkan sikap mesra; saling memujuk dan merayu (ketika bermesraan). memesrakan 1 menjadikan benar-benar sebati; memadukan. 2 menjadikan mesra; mengeratkan. kemesraan rasa mesra; keadaan mesra: Mereka berasa selesa dgn ~ yg ditunjukkan oleh tuan rumah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesra1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (ber­sahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk­-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi; ~ alam tidak memudaratkan atau menjejas­kan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna; bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu­cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu; bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk ber-musuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan, bercengkerama; bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesra­an: lalu wujudlah perasaan suka bekerja-sama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, ber­cumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~; memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula; memesrakan 1. memadukan (mencampur­kan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persaha­batan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan; termesra sudah berpadu benar; kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
keharmonian1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga;Kamus Dewan Edisi Keempat
harmoni1. selaras dr segi muzik: pasukan koir itu bernyanyi dlm nada suara yg ~; 2. persesuaian atau persetujuan: kedua-dua suami isteri itu hidup dlm keada­an yg ~; 3. not-not muzik dlm sesuatu kod; 4. persesuaian tindakan, pendapat, perasaan, dll; mengharmonikan 1. menjadikan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), menyelaraskan, menyesuaikan, menyepadankan (nada, suara, dsb): mereka berusaha bersungguh-sungguh utk ~ suara mereka; 2. menjadikan harmoni, memesrakan: mereka sama-sama cuba ~ perhubungan mereka; keharmonian 1. keadaan harmoni (selaras, sesuai, sepadan), keselarasan, kesesuaian: sebaliknya, sains dan teknologi yg telah berkembang itu telah menyebabkan tiada ~ antara manusia dengan alam sekitar; 2. keadaan harmoni (mesra), kemesraan: ~ per­hubungan antara kedua-dua buah negara; menikmati ~ hidup di desa; ~ rumah tangga; pengharmonian proses (usaha, perbuatan dsb) mengharmonikan: Labuan diharapkan akan menjadi mangkin kpd ~ dan integrasi pasaran modal di rantau ini.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas