praktis | 1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~. 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gampang | Jw mudah; anak ~ anak haram; menggampangkan memudahkan, menganggap ringan; gampangan Jk lebih mudah; gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dgn bersungguh-sungguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur cara mudah alih(portable program) | Atur cara komputer yang boleh dipindahkan dari suatu sekitaran komputer ke suatu sekitaran komputer yang lain tanpa diubah suai. | Kamus Komputer |
praktis | 1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~ . 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau. | Kamus Pelajar |
gampang-gampangan | dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dgn bersungguh-sungguh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikon | 1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keras | 1 kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya: Keluli lebih ~ drpd besi. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn giat; kuat: Dia terpaksa bekerja ~ utk mengumpulkan wang. 3 bersifat memaksa; tidak bertolak ansur (bkn peraturan dll): Merokok di gudang kertas dilarang ~. 4 kuat dan nyaring (bkn suara, bunyi): Dia bercakap dgn suara yg ~ kpd orang-orangnya. 5 dpt memabukkan (bkn minuman dll); sangat kuat kesannya (bkn ubat dll); rangsang (bkn bau dll): Dia mabuk kerana terlalu banyak minum minuman ~. Terlalu ~ bau gas ini. ~ hati tidak mahu mengikut kata orang; degil. ~ kepala tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. berkeras tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. mengeras menjadi keras: Agar-agar itu ~ apabila disejukkan. mengerasi 1 bertindak keras terhadap; memperlakukan dgn keras: Anaknya terlalu manja kerana tidak pernah dikerasi. 2 menyuruh dgn paksa; memaksa; menggagahi: Dia tidak suka ~ orang-orang bawahannya. mengeraskan 1 menjadikan keras: Mereka ~ tanah liat itu dgn cara pembakaran. 2 menyaringkan suara; menguatkan usaha dll. memperkeras menjadikan lebih atau bertambah keras. kekerasan 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rentasan | garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaturcaraan automatik(automatic programming) | 1. Penggunaan komputer untuk menghasilkan sebahagian atau keseluruhan kod bagi sesuatu atur cara. 2. Pengeluaran atur cara yang difahami komputer daripada penentuan dalam bahasa aras tinggi yang mudah difahami manusia. | Kamus Komputer |