umbuk | kata-kata yg manis atau janji yg muluk-muluk (utk memujuk, memperdaya, dll); ~-umbai = ~-umbi berbagai-bagai pujuk dan rayu; mengumbuk 1. memujuk dgn kata-kata yg manis (janji yg muluk-muluk), memperdaya-kan orang dgn kata-kata yg manis: oleh sebab itu, kelak akan diumbuknya Encik Yatim supaya dia meninggalkan pekerjaannya yg sekarang ini; 2. memujuk supaya senang hati, menyenangkan (menghibur) hati: tenang hatinya setelah diumbuk oleh kakaknya; pengumbuk orang yg memujuk dgn kata-kata yg manis (utk menipu, memperdaya, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temberang II | (tembérang) percakapan dll yg sedap didengar (umumnya tidak benar), cakap yg muluk-muluk, bual: kalau begitu iklan-iklan dlm surat khabar itu ~ sahajalah; ~ lapuk omong kosong; jual ~ bercakap bohong; tukang ~ orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); menemberang bercakap yg bukan-bukan, membohong; menemberangkan bercakap bohong (yg bukan-bukan) pd, membohong: Roslan ~ isterinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beretorik | berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muluk-muluk | indah-indah (bkn perkataan, janji dll); elok-elok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muluk-muluk | indah-indah (perkataan, janji, dll), elok-elok: kutawarkan batu itu dgn perkataan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muluk-muluk | indah-indah (bkn perkataan, janji dll); elok-elok. | Kamus Pelajar |
rayuan | 1 pujukan (hiburan, janji yg muluk-muluk dll) utk menyedapkan hati. 2 permohonan atau permintaan yg dimajukan: Peguamnya telah membuat ~ supaya hukuman itu diringankan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tukang temberang | orang yg pandai bercakap muluk-muluk (bohong); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memburas | 1. memujuk dgn kata yg muluk-muluk; 2. berbual, berborak, mengobrol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayu II | = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi; lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk; merayukan memajukan permohonan (permintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri; rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau p | Kamus Dewan Edisi Keempat |