natrium klorida | hablur berwarna putih yg larut dlm air dan digunakan dlm masakan dll; garam biasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
natrium klorida | sj sebatian berbentuk hablur, tidak berwarna atau berwarna putih, dan digunakan dlm industri bahan kimia, metalurgi, pengawetan makanan, dll, garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
higroskopik | ist bersifat mudah menyerap air dr udara: Garam biasa (natrium klorida) ialah sebatian ~ kerana menjadi lembap apabila didedahkan ke udara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
higroskopik | ist bersifat mudah menyerap air dr udara. Garam biasa (natrium klorida) ialah sebatian ~ kerana menjadi lembap apabila didedahkan ke udara. | Kamus Pelajar |
analisis | penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi; ~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg diketahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organisasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyaknya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentukan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus diambil drpd kedua-dua ibu bapa utk dianalisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; penganalisisan perbuatan (proses) menganalisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garam | 1. bahan pepejal berwarna putih dan masin rasanya, yg diperoleh drpd air laut atau dr dlm tanah dan mempunyai banyak kegunaan (termasuk sbg perasa dan pengawet makanan), natrium klorida; 2. (Kim) sebatian kimia yg diperoleh drpd tindakan asid atas logam; 3. sj pupuk; ~ abu alkali; ~ asid (Kim) garam yg mempunyai satu atau lebih hidrogen yg boleh diionkan, mis kalium hidrogen sulfat; ~ bes (Kim) garam yg terbentuk apabila sesetengah ion oksida atau hidroksida sesuatu bes diganti dgn ion negatif lain, mis plumbum (II) klorida hidroksida; ~ dapur garam utk masakan; ~ darat = ~ galian garam dr dlm tanah; ~ hempedu (Bio) garam yg terdapat dlm hempedu, gunanya utk membantu pengemulsian lemak sewaktu pencernaan; ~ jantan buku garam; ~ kontang (Kim) garam yg air penghablurannya telah disingkirkan, mis kuprum(II) sulfat; ~ laut garam dr air laut; ~ siam garam yg halus spt gula pasir; ~ terhidrat (Kim) garam yg mempunyai air penghabluran; merendang ~ bunyi mendedas; banyak makan ~ = tahu diasin ~ = banyak menelan ~ hidup mempunyai banyak pengalaman hidup; ~ dikulumnya tak hancur prb seorang yg pintar menyimpan rahsia; ~ jatuh di air prb cepat meresap atau segera dimengerti (bkn nasihat, pelajaran, dll); ~ tumpah apakah tempatnya prb kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan; dicecah orang bagai ~ prb Mn hal perempuan yg tidak lama bersuami, lalu bercerai; membuang ~ ke laut prb membuat pekerjaan yg tidak mendatangkan faedah; sbg ~ dgn asam prb sudah padan benar (spt suami isteri); sayang ~ sececah, busuk kerbau seekor prb kerana takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian banyak; sudah seasam se~nya prb tiada bercela; bergaram 1. mengandungi (dibubuh) garam; 2. ki senang, berbahagia: mereka berusaha supaya hidupmu jangan ~; 3. menjadi spt garam; menggaram 1. menjadi masin; 2. menjadi spt garam; 3. menghasilkan garam (membuat, menggali); 4. Mn menjilat-jilat (binatang ternak); menggarami 1. memberi bergaram, mengasinkan; 2. ki merempahi, menambah-nambahi: langkah-langkah perlu diadakan utk menimbulkan dan ~ perasaan baik menteri; menggaramkan membuat jadi garam (air laut dll); pegaraman tempat membuat garam;penggaraman perihal atau proses membuat (membubuh) garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
klorida | ist sebatian klorin dgn suatu unsur lain: natrium ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
klorida | ist sebatian klorin dgn suatu unsur lain: natrium ~. | Kamus Pelajar |
natrium | (Kim) unsur logam yg mudah teroksida dlm udara dan sangat reaktif; ~ hidrogen karbonat = ~ bikarbonat sj sebatian berbentuk serbuk atau hablur berwarna putih yg digunakan utk membuat minuman bergas dan serbuk penaik, soda penaik; ~ hidroksida sj sebatian yg berbentuk pepejal putih, bersifat mengakis apabila berair, dan digunakan dlm industri bahan kimia, kertas, dsb, soda kaustik; ~ karbonat sj sebatian yg berwarna putih dan digunakan utk membuat kaca, kertas, sabun, detergen, dsb, soda abu; ~ klorida sj sebatian berbentuk hablur, tidak berwarna atau berwarna putih, dan digunakan dlm industri bahan kimia, metalurgi, pengawetan makanan, dll, garam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
natrium | ist unsur logam berwarna perak yg banyak terdapat dlm garam biasa dsb dan digunakan dlm pengeluaran bahan kimia, penapisan petroleum dll. ~ arsenat hablur beracun yg tidak berwarna dan larut di dlm air (digunakan sbg bahan pembunuh serangga dll). ~ hidroksida hablur putih yg lembap cair dan larut dlm air, alkohol dan gliserol (digunakan sbg bahan uji utk menganalisis sesuatu, sbg bahan pembersih dsb). ~ karbonat hablur tidak berwarna atau berwarna putih dan tidak berbau (digunakan dlm pembuatan gelas, sabun, kertas dll). ~ klorida hablur berwarna putih yg larut dlm air dan digunakan dlm masakan dll; garam biasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |