get TAK ATAU(NOR gate) | Salah satu get terbitan dalam sistem litar logik gabungan yang melaksanakan fungsi logik TAK ATAU. Output get ini akan mempunyai aras logik 1 jika kesemua input berbilangnya mempunyai nilai aras logik 0. Output akan menjadi logik 0 jika mana-mana inputnya mempunyai nilai aras logik 1. | Kamus Komputer |
perversi | (Ubat) kecenderungan yg kuat utk mengamalkan hubungan seks secara tidak normal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belakang-membelakangi | saling membelakangi, saling menghalakan belakang kpd yg lainnya: Salmah dan Md. Nor ~ antara satu sama lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melencong | 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunjukkan | 1. mengangkatkan tangan ke atas (ke hadapan), menghulurkan atau mengunjurkan tangan (kpd): sampai di Brunei, Nor dikerumuni oleh kawan-kawannya, semuanya ~ tangan bersalam dan bertegur sapa; 2. memberikan sesuatu dgn tangan yg terhulur (terunjur), menyerahkan (kpd): dia ~ sehelai kain batik kepadaku; ~ tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lencong | (léncong); melencong 1. tidak mengikut arah yg betul, menyimpang dr arah yg asal, menyerong: tiba-tiba Nor ~ ke kiri dan aku ~ ke kanan; 2. menyimpang drpd tujuan (maksud) yg asal, menyeleweng, tersesat: di sini saya telah ~ sedikit kerana hendak menjelaskan betapa mustahaknya undang-undang itu; melencongkan menjadikan melencong atau menghalakan sesuatu ke arah lain, menyimpangkan: mereka akan ~ jalan; terlencong menyimpang dgn tidak sengaja drpd dasar, arah tujuan dsb yg asal atau sebenarnya, terbabas: ketiadaan maklumat dan kelengkapan pelayaran juga menyebabkan nelayan asing ~ ke perairan negara kita; lencongan jalan dsb yg melencong dr jalan asal yg dibaiki dsb; pelencongan perihal melencong atau melencongkan: ada beberapa ~ berlaku ketika novel ini ditulis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nama khas | kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
giat | I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen; bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru; menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti; penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meneriakkan | 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menahankan | 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |