hela | /héla/; menghela menarik atau menyeret: ~ pedati; Dia menarik tangan adiknya dan ~nya ke luar kamar. ~ nafas menarik nafas; menyedut udara. helaan 1 hal atau hasil menghela (menarik); tarikan. 2 sesuatu yg dihela; tarikan: ~nya begitu berat sehingga hampir habis tenaga yg digunakannya. penghela 1 orang yg menghela; penarik. 2 alat utk menghela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menghela | menarik atau menyeret: ~ pedati; Dia menarik tangan adiknya dan ~nya ke luar kamar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lawan | 1 pasangan yg tepat; jodoh: Ulam petai ~nya sambal belacan. 2 musuh (dlm peperangan); penentang (dlm permainan sukan dll): ~nya dlm permainan badminton itu lebih handal. 3 tandingan; imbangan: Kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di bandar ini. 4 sesuatu yg bertentangan; kebalikan: Tinggi ~nya rendah. ~ jam gerakan (pusingan) yg arahnya bertentangan dgn arah gerakan jarum jam. berlawan 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. berlawanan 1 tidak sehaluan; bertentangan: Pendapat kami sentiasa ~. 2 berlumba utk mencapai sesuatu matlamat; bersaingan. melawan 1 menentang (musuh dll): Sel putih dlm darah akan ~ kuman itu. 2 melayan (berbual, berbicara dll); menjadi teman kpd: Ahmad ~ kawannya berbual hingga larut malam. 3 menandingi (dlm perniagaan, perlumbaan dll); menyaingi: Tidak ada seorang pun yg dpt ~ kekuatannya. memperlawankan membuat supaya berlawan atau berkelahi; memperlagakan. perlawanan 1 hal atau perbuatan berlawan; pertandingan; peraduan: Mereka datang utk menyaksikan ~ bola sepak. 2 hal atau keadaan berlawanan: ~ kata. pelawanan hal atau perbuatan melawan; penentangan: Mereka telah menyerah kalah tanpa memberikan ~ sedikit pun. pelawan orang yg (suka) melawan; penentang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
azab | 1 seksaan atau hukuman yg diderita: Jika takut akan ~ Allah, ikutlah perintah-Nya dan jauhilah larangan-Nya. 2 susah sekali; sengsara: Hidup mereka di dlm hutan itu sangat ~. ~ sengasara segala jenis kesusahan yg diderita. mengazab menghukum dgn seksaan: Allah akan ~ orang yg ingkar. keazaban keadaan azab; kesengsaraan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
-nya | 1 kata ganti nama diri ketiga yg ditulis serangkai dgn kata yg mendahuluinya: Nama~ Ali. 2 kata utk menguatkan maksud: Pd esok hari~, maka baginda pun berangkatlah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~ sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya, itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
suruh | perintah supaya melakukan sesuatu: Segala ~-Nya hendaklah dilakukan dan segala tegah-Nya hendaklah ditinggalkan. menyuruh 1 memberi perintah supaya melakukan sesuatu; meminta seseorang melakukan sesuatu; memerintah: Siapa yg ~ kamu membuat kerja ini? 2 memberi perintah supaya pergi; meminta orang pergi; mengutus: Ayahnya telah ~ dia ke kedai membeli susu. suruhan apa-apa yg diperintahkan; perintah: Segala ~ tuannya dilaksanakannya dgn baik. budak ~ orang yg boleh disuruh-suruh. pesuruh orang yg disuruh: ~ Allah orang yg dilantik oleh Allah utk menyampaikan seruan-Nya; Rasulullah. penyuruh orang yg menyuruh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
takdirnya | sekiranya; seandainya: ~ dia ditimpa kemalangan, tentu keluarganya akan mendapat kesusahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usia | umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampan | I 1 elok rupanya atau elok sikapnya; kacak; segak: Potongan badannya cukup ~. 2 sesuai benar; layak; cocok: Beliau ~ menjadi tentera. Tiada ~ dia berlakon sbg ibu. menampan 1 mencuba-cuba pakaian dll. 2 menghias diri, rumah dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |