mendetik | berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otaknya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdetik | 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otaknya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
detik | 1. bunyi spt bunyi jam dll; ~ jantung a) bunyi denyut jantung; b) ki getaran hati (kalbu); ~- detak khabar (berita); 2. saat (minit), waktu atau masa (yg singkat sekali): akhirnya orang tua itu kembali tenang setelah termenung beberapa ~; 3. waktu, masa (secara am): 31 Ogos merupakan ~ yg bersejarah bagi rakyat Malaysia; berdetik 1. = mendetik berbunyi spt bunyi jam dll: pensel yg di atas meja itu jatuh ~; 2. berkata (di dlm hati): melihat kejadian itu, hatinya ~, “manusia ini tidak waras otaknya”; 3. berdebar (bkn perasaan): hatinya ~ resah apabila adiknya menyebut Dang Kenanga bertanyakan dirinya; terdetik 1. berbunyi detik; 2. ki terdengar (diketahui, diberitakan, dll): sekarang ~ pula berita-berita yg mengatakan harga barang-barang akan melambung lebih tinggi lagi; terdetikkan dapat terdetik: kenikmatan Firdaus yg tidak pernah ~ dlm hati manusia; detikan detik (jam, jantung, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sakit mental | tidak siuman fikiran-nya, sakit otak, gila; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cergas | 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~; mencergaskan 1. menjadikan cergas (tubuh, otak, dsb): senaman boleh ~ otak; 2. menjadikan cergas (pantas, cepat), memantaskan, mencepatkan: mereka ~ pergerakan kaki dan tangan dlm latihan itu; 3. menjadikan cergas (giat, aktif), menggiatkan, mengaktifkan: ~ kembali pergerakan Persatuan Belia di kampungnya; 4. menjadikan cergas (pasaran saham), membanyakkan kegiatan menjual dan membeli saham; kecergasan 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tengah | 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun keterangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menyesuaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-selisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, mengemukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35–40 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (diselesaikan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkatnya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm perselisihan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
otak I | 1 benda putih dan lembut dlm tengkorak yg menjadi pusat saraf; kumpulan saraf yg menjadi isi tengkorak. 2 daya berfikir; akal; fikiran: Orang itu sudah tidak siuman lagi ~nya. ~ cair cepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik. ~ kering tidak berapa siuman; hampir-hampir gila. ~ udang bodoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
otak I | 1 benda putih dan lembut dlm tengkorak yg menjadi pusat saraf; kumpulan saraf yg menjadi isi tengkorak. 2 daya berfikir; akal; fikiran: Orang itu sudah tidak siuman lagi ~nya. ~ cair cepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik. ~ kering tidak berapa siuman; hampir-hampir gila. ~ udang bodoh. | Kamus Pelajar |
kecergasan | 1. perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb): menjaga ~ fikiran dan badan setiap hari; 2. perihal cergas (pantas, cepat), kepantasan, kecepatan: ~ kanak-kanak cacat itu membuat kerja-kerja tangan mengagumkan pengunjung-pengunjung ke pusat itu; 3. perihal cergas (giat, aktif), kegiatan, keaktifan: ~nya dlm pergerakan persatuan itu mendapat perhatian pihak atasan; 4. perihal cergas (pasaran saham); 5. perihal cergas (bkn gunung berapi), keaktifan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencat | ; merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti, membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, percambahan spora, dan pembiakan seks kulat; terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerjanya ~ kerana air pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya kanak-kanak); ~ otak terencat akal; keterencatan perihal atau keadaan terencat; kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu. perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga; perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain; bencat, gencat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |