pad pendigitan(digitizing pad) | Pad licin yang digunakan bersama dengan pen grafik atau tetikus grafik untuk memasukkan maklumat grafik ke dalam komputer. Pergerakan pen atau tetikus di atas pad ini diselaraskan supaya setara dengan pergerakan pada tabir video. | Kamus Komputer |
pad angka(numeric pad) | 1. Papan kekunci kecil yang menempatkan kekunci untuk angka sahaja. Pad ini boleh merupakan sebahagian daripada papan kekunci utama atau wujud tersendiri. Pad ini membolehkan nombor ditaip dengan pantas. 2. Susunan kekunci untuk mesin kira atau telefon jenis tekan butang. | Kamus Komputer |
pad tetikus(mouse pad) | Bahan alas yang digunakan sebagai tempat menggerak-gerakkan tetikus. | Kamus Komputer |
pad lakar(sketch pad) | Peranti input komputer berbentuk kepingan pada paparan perisian grafik yang digunakan untuk melakarkan gambar dengan menggunakan pen pendigit, kayu ria, atau tetikus. | Kamus Komputer |
pad conteng(scratch pad) | Storan kecil dalam ingatan utama komputer yang digunakan oleh pemproses untuk menyimpan data sementara sewaktu pemprosesan. | Kamus Komputer |
pad tetikus | alas yg digunakan sbg tempat menggerak-gerakkan tetikus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pad | 1 helaian kertas yg diikat dsb pd satu hujung: ~ tulis. 2 bahan lembut (span dsb) yg memberi perlindungan bentuk kpd sesuatu: Kot itu ada ~ pd bahunya. 3 pelapik utk melindungi bahagian tertentu pd badan: ~ lutut. 4 kepingan logam yg rata yg digunakan utk mengapit cakera brek. ~ tetikus alas yg digunakan sbg tempat menggerak-gerakkan tetikus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pad | 1. helaian kertas yg diikat sekali pd satu hujung: ~ tulis; 2. bahan lembut (span) yg memberi perlindungan bentuk kpd sesuatu: ~ kasa; kot itu ada ~ pd bahunya; 3. pelapik utk melindungi bahagian tertentu pd badan: ~ lutut; 4. kepingan logam yg rata yg digunakan utk mengapit cakera brek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pad kekunci(keypad) | Papan kekunci kecil yang biasanya menempatkan nombor, simbol matematik, dan perintah khas. | Kamus Komputer |
pad | Tindakan mengisi medan data dengan ruang kosong. | Kamus Komputer |