jadual jalanan(run schedule) | Jadual yang menyenaraikan tugas yang perlu dijalankan oleh komputer pada masa-masa tertentu. | Kamus Komputer |
keluar tertangguh(deferred exit) | Pindahan kawalan daripada atur cara utama atau subrutin kepada subrutin pada masa yang ditentukan oleh peristiwa tak segerak, bukan pada masa yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
peruntukan sumber(resource allocation) | Penentuan pemberian sumber seperti tenaga manusia, mesin, wang, bahan, ruang, dan masa pada masa tertentu bagi salah satu daripada proses yang bersaing untuk menggunakan sumber berkenaan. | Kamus Komputer |
ralat jam(clock error) | Ralat akibat sisihan pada masa isyarat jam berbanding dengan isyarat jam rujukan. | Kamus Komputer |
balai-balai | 1. balai kecil yang digunakan oleh bomoh (pada masa mengubati orang dan lain-lain); 2. Jw bebalai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengelogan data(data logging) | Proses merakamkan data bagi sesuatu peristiwa pada masa tertentu. | Kamus Komputer |
sempat(just in time) | Kaedah membekalkan komponen pembuatan yang diperlukan oleh pelanggan tepat pada masa yang diperlukan. Kaedah ini digunakan untuk mengurangkan ruang penyimpanan di tempat pelanggan dan memastikan barangan yang dikirim merupakan yang terbaru. Singkatan JIT. | Kamus Komputer |
kerja latar depan(foreground job) | Kerja yang dilaksanakan langsung oleh sistem pengaturcaraan berbilang pada masa sahih. | Kamus Komputer |
petikan(snapshot) | Cetakan kandungan ingatan kawasan simpanan tertentu atau kandungan daftar tertentu yang dibuat pada masa tertentu semasa perjalanan rutin atau atur cara. Pencetakan petikan keadaan ingatan atau daftar ini dapat memberi maklumat tentang taraf sistem sewaktu petikan ini dibuat. Ini dapat membantu pengatur cara atau penyenggara sistem mencari kesilapan atau punca kegagalan sistem. | Kamus Komputer |
sekali harung | bp semuanya dibuat (dikerjakan, diselesaikan dsb) dgn satu kali sahaja atau secara serentak pada masa yg sama, sekali gus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |