muatan(capacity) | 1. Jumlah data tertinggi yang boleh dipegang, disimpan atau dikendalikan oleh sistem pada sesuatu masa. 2. Jumlah data yang boleh melalui saluran perhubungan pada sesuatu ketika. | Kamus Komputer |
cas(charge) | Kuantiti elektrik yang wujud pada sesuatu jasad yang lebih atau kurang bilangan elektronnya. | Kamus Komputer |
hingar(noise) | Sebarang gangguan pada sesuatu sistem, misalnya variasi pada arus atau voltan. | Kamus Komputer |
penukaran pemagnetan(magnetization change) | Perubahan kutub magnet pada sesuatu peranti kepada kutub yang berlawanan. | Kamus Komputer |
kedudukan unit(unit position) | Kedudukan paling kanan pada sesuatu medan. | Kamus Komputer |
rutin peruntukan(allocation routine) | Rutin komputer yang bertanggungjawab menguntukkan sumber komputer pada sesuatu proses. | Kamus Komputer |
keselarian(parallelism) | Sifat beberapa proses yang boleh wujud dan bekerja selari dalam sistem pada sesuatu masa. | Kamus Komputer |
keadaan output(output state) | 1. Sifat atau status bahagian output peranti atau saluran pada sesuatu ketika. 2. Sifat data atau maklumat selepas pemprosesan selesai. | Kamus Komputer |
mikropemproses N-bit(N-bit microprocessor) | Mikropemproses yang berkemampuan mengolah perkataan sebesar N bit pada sesuatu ketika. N biasanya bernilai 1, 4, 8, 16, 32, dan 64 bit. | Kamus Komputer |
keupayaan litar(circuit capacity) | Jumlah saluran atau litar sambungan yang boleh ditanggung oleh litar pada sesuatu masa tertentu. | Kamus Komputer |