sinaran | pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sinar | , = sinaran pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. bersinar mengeluarkan sinar; memancarkan cahaya dll: Matahari ~ menerangi alam. bersinar-sinar mengeluarkan cahaya atau sinar yg gilang-gemilang; memancar-mancar cahayanya: Tiba-tiba terlihat oleh baginda cahaya hijau ~. menyinari memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. menyinarkan memancarkan atau menghamburkan sinar: Dia melihat matahari terbit ~ cahaya yg gilang-gemilang, menerangi seluruh alam. penyinaran perihal, proses dsb menyinari atau menyinarkan. penyinar orang yg memberikan harapan atau semangat, atau yg mendatangkan keceriaan kpd seseorang atau sesuatu pihak: Anak gadisnyalah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sinar, = sinaran | pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. | Kamus Pelajar |
pancaran radio | siaran radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancaran cita | apa-apa yg terasa di hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancaran air | a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancaran | 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran. ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancaran air | paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancaran | 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pancaran mani | Id pengeluaran mani; | Kamus Dewan Edisi Keempat |