pd penilikan | pd pandangannya (pendapatnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maman | 1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2. mamai, bingung, ketakutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyeluruhi | meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terhadap | 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggiurkan | menimbulkan rasa berahi, memberahikan: pandangannya itu tidaklah ~nya sama sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silap | 2 keliru pandangannya atau keliru perasaannya drpd yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
giur | ; menggiurkan menimbulkan rasa berahi, memberahikan: pandangannya itu tidaklah ~nya sama sekali;tergiur tertarik hati (keinginan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengarahkan | 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perintah: polis diarahkan bersikap sopan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kumpulan | 1. kelompok (orang, binatang, dll) yg agak besar, himpunan: pandangannya beralih kpd ~ budak yg sedang bermain-main di halaman rumah; ~ sajaknya yg telah dibukukan mendapat pujian drpd pengkritik sastera; 2. beberapa orang (pertubuhan dll) yg dianggap sbg satu kelompok atau gabungan kerana mempunyai sifat (tugas, kecenderungan, dll) yg serupa: ~ Pengkaji Bijih Timah Antarabangsa; 3. (Kim) set unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa dan membentuk turus tegak dlm jadual berkala: ~ gas adi; ~ halogen; 4. segala sesuatu yg telah dikumpulkan menjadi suatu jumlah, himpunan: ~ wang; 5. gerombolan (penjahat, pengganas, dsb), kawanan: beberapa ~ penjahat selalu mengganggu ketenteraman negeri; 5. = perkumpulan tempat berkumpul (berhimpun), sidang, majlis, pertemuan; ~ gelap = ~ haram = ~ sulit kumpulan yg melakukan gerakan (atau mempunyai tujuan) yg salah di sisi undang-undang; ~ serpihan sekumpulan kecil orang yg berpisah drpd kumpulan atau badan induk akibat perbezaan pendapat, persengketaan dsb, biasanya berkaitan dgn soal politik; K~ Wang Antarabangsa kumpulan wang yg disumbangkan oleh beberapa negara utk menstabilkan pertukaran wang antarabangsa serta melancarkan perdagangan antarabangsa; ~ wang cadangan kumpulan wang yg dicadangkan utk kegunaan atau keperluan tertentu yg tidak dijangka; K~ Wang Simpanan Pekerja kumpulan (himpunan) wang drpd sumbangan pekerja dan majikan utk dibayar kpd pekerja tersebut menurut syarat-syarat tertentu (mis setelah bersara dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membimbangkan | menimbulkan rasa bimbang (khuatir, risau), mengkhuatirkan, merisaukan: ugutan perempuan itu ~ hatinya; pandangannya itu ~ Hilmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |