Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sebutbp = menyebut; menyebut 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; menyebut-nyebut selalu benar menyebut: mulutnya ~ ibunya; tersebut 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; sebutan 1. apa yg disebut, (sesuatu) yg disebut: ada yg perempuan spt yg telah lalu ~nya pd bab yg pertama; 2. cara melafazkan atau menyebut (perkataan dll), ucapan, lafaz: pendengaran bergantung pd bunyi ~ huruf saksi; ~ baku sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, sebutan standard; 3. = sebut-sebutan yg selalu dipercakapkan (dibualkan dll), buah mulut: telah jadi sebut-sebutan, anak komandan polisi yg baik dan rendah hati; baginya, Tuhan hanya menjadi ~ tetapi tidak disembah; 4. panggilan (gelaran, jolokan, ejekan, dsb): Tunku Abdul Rahman mendapat ~ Bapa Malaysia; 5. (Mat) simbol atau rangkaian simbol yg mempunyai nilai-nilai tertentu (spt 3xy2); 6. Id cerita (dlm sesuatu ayat), hal, perkara; penyebutan 1. perihal menyebut: ia ber-kehendakkan ~ dan penggunaan perkataan dgn betul; 2. panggilan, gelaran, sebutan: segala orang dalam, memanggilnya Dato’ Tun, sementara ~ segala anak cucunya Dato’ Putih; penyebut 1. (orang) yg menyebut; 2. Id penyambut dlm angka pecahan (angka 3 dlm angka pecahan ).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyebut1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi;Kamus Dewan Edisi Keempat
nama1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kaupegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~ log masuk ist nama unik yg diberikan bagi setiap akaun komputer utk mengenali seseorang pengguna komputer semasa memulakan penggu­na­an sistem atau rangkaian komputer. ~ pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~ samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1 mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat ting­gi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebut; menyebut 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. menyebut-nyebut selalu benar me­nyebut: ~ nama anaknya. tersebut pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. sebutan 1 cara menyebut atau cara melafazkan sesuatu perkataan dll; apa-apa yg disebut: ~ pembaca warta berita itu kurang jelas. 2 = sebut-sebutan sesuatu yg selalu disebut atau dipercakapan: Tingkah lakunya yg sopan dan berbudi bahasa itu menjadi ~ seluruh kampung. 3 panggilan sbg ejekan (julukan dll): Kerana perutnya buncit, dia telah mendapat ~ Mat Labu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nama1. panggilan atau sebutan bagi orang (barang, tempat, pertubuhan, dll): ia men­catat ~ orang yg menderma yg terdapat dlm senarai itu; apa ~ buku yg kaubaca itu?; ia men­­catat ~ barang-barang yg diterimanya; atas ~ dgn menggunakan nama, utk ke­pentingan, demi; 2. ark gelaran, sebutan: kerana jasanya yg besar, ia diberi ~ Datuk; 3. kehormatan, kebaikan, kemasyhuran, ma­ruah, pujian; mencari ~ berikhtiar menjadi masyhur (mendapat pujian); mendapat (beroleh) ~ masyhur (terkenal); mengambil ~ a) mencari muka; b) memakai nama (drpd); telah rosak ~nya telah hilang kehormatannya (kemasyhurannya); ~ am kata nama yg merujuk kpd konsep atau benda yg umum, mis rumah dan kecantikan; ~ baik kehormatan, maruah; ~ batang tubuh = ~ daging (tubuh) nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll); ~ benda (Lin) kata yg mengatakan nama sesuatu yg wujud atau yg dianggap wujud, kata benda; ~ cembung = ~ timangan (timang-timangan) nama yg dipakai utk menyatakan sayang atau manja; ~ julukan nama yg diberi sbg jolokan (ejekan, sindiran); ~ kecil a) nama ketika masih kecil; b) nama depan (cara Barat); ~ keluarga nama yg dikongsi bersama oleh semua ahli dlm sesuatu keluarga; ~ khas kata nama yg merujuk kpd sesuatu yg khusus spt orang, haiwan, tempat atau benda, mis Md. Nor, Sg. Rambai, dan Menara Kuala Lumpur; ~ pena nama yg digunakan oleh penulis pd karya-karya (bukan namanya yg sebenarnya); ~ samaran = ~ pedengan nama utk menyem­bunyikan nama yg sebenarnya; pd ~ sahaja tidak wujud (berlaku) spt yg diperikan: golongan Islam pd ~ sahaja; bernama 1. memakai nama, mempunyai nama: pekannya ~ Simpang Empat; 2. mendapat nama, masyhur, terkenal: penulis yg belum ~; menamai membubuh (memberi) nama kpd, menggelari: ia ~ anaknya itu Naziha; jabatan tersebut dinamai sedemikian utk mengajar orang-orang Mesir tentang dunia Timur; menamakan 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan se­seorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya; ternama terkenal, termasyhur: Greenberg, seorang ahli bahasa yg ~; penamaan perihal menamakan, pencalonan; surat ~ waris itu hendaklah dianggap sbg satu wasiat kpd seorang waris; kerajaan telah menawarkan perjalanan kereta api percuma kpd rakyat dr seluruh negeri utk menyaksikan peristiwa ~ calon di Kahirah; penama 1. orang yg memberi nama (men­calonkan, melantik), pencadang; 2. orang yg dinamakan (dikemukakan) sbg waris dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
long III1. singkatan bagi sulung; 2. nama timangan utk anak sulung; bang ~ panggilan kpd abang yg tua; kak ~ panggilan kpd kakak yg tua; mak ~ panggilan kpd ibu saudara yg sulung; pak ~ panggilan kpd bapa saudara yg sulung.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyebut1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
nama1 panggilan atau sebutan bagi orang, barang, tempat dll: ~ kakak saya Salmah. Apa ~ benda yg kau pegang itu? 2 maruah; kemasyhuran: ~nya telah rosak telah hilang maruahnya. ~ baik kehormatan; maruah. ~ batang tubuh nama diri yg sebenarnya (bukan nama samaran dll). ~ cembung (timangan) nama yg digunakan bagi diri seseorang utk menyatakan kekariban (sayang atau manja). ~pena nama yg bukan nama sebenarnya yg digunakan oleh penulis (penyajak dsb) pd karyanya. ~samaran nama utk menyembunyikan nama sebenar. bernama 1mempunyai atau memakai nama: Akulah yg ~ Taming Sari. 2 mendapat nama; terkenal; masyhur: Baginda telah memanggil seluruh tabib yg ~ utk mengubati puterinya. menamai memberikan nama kpd; membubuh nama pd; menggelar seseorang: Dia ~ anaknya Adli. menamakan 1 memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. ternama dikenali ramai; termasyhur; terkenal: Picasso ialah pelukis yg ~. kenamaan 1 dihormati dan disegani (kerana kepintaran, kepandaian dsb): ahli bahasa yg ~. 2 berpangkat tinggi; besar (bkn orang, pegawai dll): Mereka itu anak orang-orang besar dan ~. penamaan perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan. penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll). penama 1 orang yg membubuh nama atau yg mencalonkan; pencadang. 2 orang yg dinamakan sbg waris (pemegang kuasa dll).Kamus Pelajar
menyebut2 memberi nama (gelaran, panggilan) pd sesuatu; menggelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada.Kamus Pelajar
sikata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas