Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pa.pa.ran] | ڤاڤرن

Definisi : 1 maklumat, spt teks, gambar, simbol yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: ~ yg terdapat pd komputer itu sangat menarik. 2 sesuatu kejadian, penjelasan, kenyataan dsb yg dipaparkan di televisyen, akhbar dsb: ~ penderitaan dua beranak itu telah mendapat simpati orang ramai. ~ hablur cecair ist peranti paparan yg terdiri drpd dua keping bahan pengutub yg melapisi larutan suatu jenis hablur cecair, biasanya terdapat pd komputer riba, mesin kira, dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
paparan digital(digital display)1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital.Kamus Komputer
peleraian tinggi(high resolution)Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik yang tinggi akibat paparan mempunyai jumlah piksel yang banyak berbanding dengan ruang paparan. Imej pada paparan akan kelihatan jelas dan tajam.Kamus Komputer
peleraian sederhana(medium resolution)Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik yang sederhana akibat paparan mempunyai jumlah piksel yang sederhana berbanding dengan ruang paparan. Imej pada paparan akan kelihatan lebih jelas tetapi akan tetap bergigi sedikit.Kamus Komputer
peleraian rendah(low resolution)Mutu dan ketepatan perincian paparan grafik yang rendah akibat paparan mempunyai jumlah piksel yang sedikit berbanding dengan ruang paparan. Imej pada paparan akan kelihatan bergerigi dan kabur.Kamus Komputer
arca paparan(display icon)Arca yang digunakan untuk mewakili paparan. Arca ditukarkan kepada paparan dengan menggunakan peranti penunjuk seperti tetikus, bola jejak, atau kayu ria.Kamus Komputer
tatal IImenatal (Komp) menggerakkan paparan teks (baris demi baris atau halaman demi halaman) pd skrin paparan ke atas atau ke bawah secara beransur-ansur; penatalan perbuatan atau proses menatal (bkn paparan teks pd skrin paparan)Kamus Dewan Edisi Keempat
paparan hablur cecair(liquid crystal display)Peranti paparan yang biasa digunakan pada mesin kira dan komputer mudah alih. Paparan jenis ini dibina daripada dua keping bahan pengutub yang melapisi larutan suatu jenis hablur cecair. Imej paparan akan terbentuk apabila arus elektrik yang melalui panel kepingan pengutub menjajarkan hablur cecair supaya membentuk rupa bentuk yang tidak meloloskan cahaya. Ini memberikan kesan paparan aksara atau objek grafik. Singkatan LCD.Kamus Komputer
jeraitan(concatenate)1. Tindakan menggabungkan atau mencantumkan dua rentetan aksara atau lebih menjadi satu rentetan tunggal. 2. Tindakan mencantumkan baris paparan dengan baris paparan seterusnya atau dengan baris paparan sebelumnya.Kamus Komputer
penumpuan(focusing)1. Proses menajamkan paparan pada unit paparan yang kabur. 2. Proses menumpu suatu bahagian yang terdapat dalam struktur.Kamus Komputer
kelipan(blinking)1. Kecacatan unit paparan yang menyebabkan imej paparan berkelip-kelip. 2. Ciri grafik komputer yang membolehkan objek atau teks dikelip-kelipkan. 3. Ciri kursor yang berkelip-kelip untuk menarik perhatian pengguna pada kedudukannya.Kamus Komputer
12345678910...

Kembali ke atas