tambi bp | 2 pelayan pejabat; peon. | Kamus Pelajar |
tambi | (Tamil) 1. panggilan utk orang India yg berpangkat adik; 2. pelayan pejabat, peon, jongos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambi | bp 1 panggilan utk orang Keling yg lebih muda drpd kita. 2 pelayan pejabat; peon. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelayan pejabat | budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengelilingkan | membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keliling | 1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling; ~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~-kelalang geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening); sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya; ~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak; berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu; mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu; pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut haluan yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelayan | 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berintegrasi | 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
integrasi | gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Usaha dilakukan utk mewujudkan ~ kaum ke arah satu masyarakat beridentiti Malaysia. berintegrasi 1 bergabung supaya menjadi kesatuan (yg utuh); berpadu: Penulis membuat andaian bahawa masyarakat tsb suka menyendiri dan tidak suka bantu-membantu dan ~. 2 digabungkan dan menjadi kesatuan (yg utuh): Sistem ini berasaskan konsep pelanggan/pelayan dgn rangkaian ~ di semua pejabat cawangan. mengintegrasikan menggabungkan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dll) menjadi satu kesatuan (yg utuh): Semua suku kaum harus ~ diri menjadi satu keluarga besar dlm sesuatu bangsa. Peranan pemasaran hendaklah diperluas dan diintegrasikan dlm organisasi. terintegrasi digabungkan atau dipadukan: bangsa yg ~ kelompok suku kaumnya. pengintegrasian proses mengintegrasikan sesuatu (masyarakat, bahagian dll): ~ nilai murni dan nilai agama dlm pendidikan memungkinkan lahirnya model terbaik bakal membentuk generasi yg akan datang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
layan | ; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pembeli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli; melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempedulikan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suaminya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia bermenung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. menggunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan makanan dll), menghidangkan, menyajikan; 2. menurutkan kemahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya; layanan perihal melayan(i), ladenan: permohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; pelayanan perihal atau perbuatan melayan; pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |