Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengajian jarak jauhsistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Pengajian Jarak Jauhsistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengajian1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
heuristik(héuristik) membolehkan atau dapat membantu seseorang mempelajari, me­ngetahui dsb sesuatu perkara melalui peng­alaman sendiri (bkn kaedah pengajaran atau pembelajaran): dlm kaedah ~ ini pelajar dibimbing utk membuat penemuan sendiri bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dlm latihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengajian1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjemput Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pengajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video;Kamus Dewan Edisi Keempat
rangsangI 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4. (Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa masuk ke otak; berangsang marah; merangsang 1. menyebabkan berasa rang­sang: di dapur bau daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt ke­ghairahan, keberanian, kemarahan, dll), me­nimbulkan sesuatu perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~ hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah lakunya itu; terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku kalau ada ~ dan gerak balas; perangsangan perihal merangsang; perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang (perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat ~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~ hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi gem­par; naik ~ menjadi marah (gusar); berangsang; serangsang.Kamus Dewan Edisi Keempat
motivasi1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa me-rupakan faktor penting yg menentukan ke-jayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melaku­kan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya; bermotivasi mempunyai motivasi, ada moti­vasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan; memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan se­suatu, mendorongkan, membangkitkan, meng­galakkan: setiap orang mestilah ada ran-cangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaji1 pelajaran ttg agama. 2 cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ purba kajian ttg benda atau tinggalan purba, terutamanya dr zaman prasejarah. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. pengajian 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: ~ bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaji I1. pelajaran (agama dll); ~nya masih rendah bacaan Qurannya masih sedikit; 2. cabang ilmu pengetahuan, pengetahuan atau penyelidikan (mengenai sesuatu); pendek ~ pendek kata, pendeknya; putus ~ sudah mengambil keputusan tetap (tidak boleh berubah lagi); ~ selidik kegiatan atau usaha mengkaji dan menyelidik utk mengetahui kedudukan dsb sesuatu dgn nyata; lancar ~ kerana diulang, pasar jalan kerana diturut prb kepandaian (kemahiran) diperoleh kerana dibiasakan mengerjakannya; sukar ~ pd orang alim, sukar wang pd orang kaya prb Mn orang berilmu tidak mudah atau cepat memutuskan sesuatu masalah atau membuat sesuatu keputusan dan orang kaya pula tidak mudah mengeluarkan wang kalau tidak mendatangkan keuntungan; mengaji 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; mengajikan membaca Quran utk (orang yg telah mati); mengkaji menyelidik dan meneliti dgn mendalam atau terperinci (supaya benar-benar mengetahui sesuatu, supaya dapat membuat keputusan dll): sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk utk ~ rang undang-undang tersebut; ia berfikir dalam-dalam sewaktu ~ buruk dan baiknya hal itu; terkaji dapat diselidiki (diperiksa, diduga); tidak ~ tidak dapat diselidiki, tidak terduga; kajian 1. kegiatan (usaha, proses) mengkaji; ~ kes kajian tentang sesuatu isu (institusi, orang dsb) berdasarkan data, maklumat dsb terperinci yg dikumpulkan dlm jangka masa tertentu; 2. = pengajian; pengajian 1. usaha atau kegiatan belajar membaca Quran, pembacaan Quran: menjem-put Pak Lebai kerana hendak diadakan kenduri berkhatam ~; 2. penyelidikan (yg mendalam atau terperinci), pelajaran atau perolehan pelajaran (yg mendalam atau di peringkat tinggi), kajian: pegawai-pegawai dihantar utk membuat ~ lanjutan utk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kepakaran dlm bidang bahasa dan sastera; tamat ~nya di Universiti Malaya; Jabatan P~ Melayu di Universiti Malaya; pusat ~ tinggi universiti atau institusi pe­ngajian yg setaraf dgn universiti; P~ Jarak Jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pem­belajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video; pengkajian perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; pengkaji (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca.Kamus Dewan Edisi Keempat
kesan1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas