beli | ; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beli | berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1. orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2. sesuatu (spt wang dsb) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. | Kamus Pelajar |
nota | 1. surat rasmi (antara dua negara dll), surat keterangan yg rasmi: kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow; 2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dll): setiausaha gabenor mengirim ~ keras; 3. bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yg dipelajari, dll) utk rujukan pd masa hadapan: ~ kuliah; 4. catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu; ~ bab nota (catatan) yg dirakamkan pd akhir bab; ~ hujungan nota (catatan) yg dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks; ~ kaki catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki); ~ kontrak dokumen yg mengesahkan urus niaga telah dijalankan, yg mengandungi maklumat spt syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain; ~ tepi nota (catatan) yg dirakamkan pd jidar luar dan jidar dalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |