pemfokusan | perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemfokusan | perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjejakan | perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fokus | 1 ist satu titik dlm sistem optik tempat sinar bertumpu atau tempat sinar mula mencapah. 2 sesuatu yg menjadi pusat perhatian: Mereka menitikberatkan perkara yg menjadi ~ perbincangan pd hari itu. 3 tumpuan perhatian, perbincangan dsb: Dia memberikan ~ pd mata pelajaran Sains. berfokus berpusat; bertumpu: Perbincangan itu ~ pd isu moral para remaja. memfokus membuat tumpuan pd satu titik atau pd satu objek: Kamera itu dpt ~ secara automatik. memfokuskan menjadikan cahaya bertumpu ke satu titik (dgn menggerak-gerakkan kanta dll). terfokus 1 tertumpu pd sesuatu yg diperhatikan: Mataku ~ pd tompokan darah di lantai. 2 tertumpu pd sesuatu sasaran: Usaha dan tindakan yg diambil mestilah ~ agar matlamat dpt dicapai. pemfokusan perbuatan, proses dsb memfokus atau memfokuskan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fokus | 1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejak I | jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir seimbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (perbuatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |