pengendalian dupleks(duplex operation) | Pengendalian yang menggunakan dua pemproses secara berganding. Satu pemproses akan bertindak sebagai pemproses utama untuk memproses tugas-tugas utama manakala pemproses yang satu lagi akan bertindak sebagai pemproses sokongan untuk memproses tugas sampingan. Apabila mana-mana pemproses gagal atau rosak, pemproses yang masih berfungsi akan mengambil alih tugas dan beban pemproses tersebut. | Kamus Komputer |
pemproses kata(word processor) | Perkakasan dan/atau perisian komputer yang digunakan untuk mengarang naskhah dokumen. Perkakasan pemproses kata biasanya terdiri daripada pemproses utama, simpanan kekal, dan pencetak bermutu. Perisian pemproses kata biasanya mempunyai kemudahan untuk menaip, menyelitkan data, memadam, menyalin, mencari, menggantikan, menyemak dan mencetak teks. | Kamus Komputer |
pemproses imej | ist pemproses dlm sistem komputer yg digunakan utk memproses imej (bentuk grafik). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
seni bina aliran data(dataflow architecture) | Seni bina komputer yang melibatkan beberapa pemproses yang bebas daripada sebarang bentuk pemprosesan siri. Setiap pemproses hanya bertugas apabila data wujud daripada pemproses lain dan berkongsi hasil pemprosesannya dengan pemproses lain apabila selesai memproses. | Kamus Komputer |
daftar halimunan(invisible register) | Daftar yang wujud dalam unit pemproses utama untuk kegunaan pemproses sahaja dan tidak dapat dicapai secara terus oleh pengatur cara. | Kamus Komputer |
sistem pemproses berbilang(multiprocessor system) | Sistem yang mempunyai lebih daripada satu pemproses yang berkongsi sumber yang sama. Kewujudan lebih daripada satu pemproses ini adalah untuk melaksanakan pemprosesan selari dan pemprosesan serempak. | Kamus Komputer |
permintaan sampukan(interrupt request) | Permohonan oleh peranti atau persisian kepada pemproses utama supaya dilayan. Pemproses utama mempunyai pilihan untuk melayan permohonan ini atau tidak. | Kamus Komputer |
sistem dua pemproses(dual processor system) | Sistem komputer yang menggunakan dua pemproses utama yang boleh bekerja secara berasingan atau secara bergandingan untuk memberi sistem kemampuan atau ketahanan yang lebih tinggi daripada sistem pemproses tunggal. | Kamus Komputer |
nisbah pengendalian(operating ratio) | Kadar peratus jumlah masa pemproses benar-benar bekerja berbanding dengan jumlah masa pemproses dihidupkan. Nisbah ini digunakan sebagai ukuran kecekapan penggunaan pemproses. | Kamus Komputer |
pemproses kata | ist atur cara atau program komputer utk tujuan menulis, mengedit, menyimpan dsb teks, dan seterusnya mencetak teks tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |