Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
macam belangkaski selalu berdua-duaan (pemuda-pemudi dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bersosialbercampur gaul (biasanya di­maksudkan antara lelaki dgn perempuan): pemuda pemudi yg pandai ~ dan menye­suaikan diri dgn kehendak-kehendak zaman;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkepitberpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertunjukan1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkepit tanganberpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepit; berkepit = ~ tangan berpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan; mengepit memegang (menghimpit, mem­bawa) di antara lengan dan badan (di bawah ketiak) atau di antara dua jari: ayahnya berjalan ~ tikar sembahyang di bawah ke-tiaknya dan menuju ke surau; ia ~ sebatang rokok yg sudah separuh dihisapnya; ~ daun kunyit prb, Mn memuji diri sendiri; ~ kepala harimau prb menggertak (menakut­nakutkan) orang dgn mempergunakan nama orang yg berkuasa; terkepit terhimpit (di bawah ketiak), ter­sepit (di antara dua jari): puntung cerut yg ~ di jarinya itu dihisapnya semula; kepitan 1. sesuatu yg dikepit; 2. alat atau bahagian sesuatu yg mengepit; ~ fail alat mengepit kertas pd fail; pengepit alat utk mengepit sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
keliru1. salah (menganggap atau membuat kesimpulan), khilaf, sesat (tanggapan): sikap masyarakat yg ~ mengenai pergaulan pemuda-pemudi adalah dikesalkan; ~ tangkap salah tangkap; 2. tertukar (kerana menyang­kakan yg lain itu miliknya): ~ dgn barang orang lain; mengelirukan 1. menyebabkan keliru, me­ngacaukan, menyesatkan (tanggapan): penggunaan istilah ini selalu ~ kerana ertinya luas; ucapannya itu boleh ~ orang-orang kampung di situ; 2. mengatakan keliru (khilaf dll), menyalahkan: orang itu ~ ucapannya; terkeliru tersalah (pd membuat anggapan atau kesimpulan), terkhilaf, tersesat: sangkaannya itu ~ semata-mata; beliau menuduh komunis menggunakan pelajar-pelajar yg ~ utk menyebarkan faham komunis; kekeliruan kesalahan (pd membuat ang­gapan atau kesimpulan), kekhilafan, kekusut­an: penjelasannya telah menghilangkan ~ mengenai rancangan itu; pengeliruan perbuatan mengelirukan: penyelewengan, pendustaan, dan ~ oleh musuh-musuh Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengesaliberasa kesal (tidak senang) akan: menteri itu ~ sikap setengah-setengah parti pembangkang dlm hal ini; beliau ~ pergaulan bebas pemuda-pemudi;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendidikan1. perihal mendidik: ~ kanak-kanak cacat belum diperluas lagi di negara kita; 2. = ilmu ~, ilmu didik, ilmu mendidik pengetahuan mendidik: ia mahu mendalami lagi pelajarannya dlm hal ~ kanak-kanak; 3. didikan, latihan, ajaran: merosotnya moral pemuda-pemudi kita ialah kerana kurang mendapat ~ rohani ketika di bangku sekolah;Kamus Dewan Edisi Keempat
ketat1. tidak longgar (bkn tutup pd botol dll), kuat atau erat melekat (menyebabkan susah hendak dicabut atau ditanggalkan), sendat, sempit (bkn pakaian): ditutupnya botol itu dgn sumbat gabus hingga ~; dlm syarahannya ustaz tersebut telah mengecam hebat pemuda-pemudi Melayu yg suka berpakaian ~; 2. ki keras dan tidak ada tolak ansur atau kecualinya (bkn peraturan, perintah, dll), tidak boleh diubah atau dipinda (bkn per­kataan, perjanjian, dll): undang-undang dan perintah-perintah yg ~ telah dikenakan dlm masa berlakunya darurat; musuh ~ musuh keras (besar); 3. ki teliti dan rapi (bkn kawal­an, pengawasan, dsb): tempat-tempat yg penting dikawal ~ siang dan malam; pintu masuk ke pelabuhan itu dijaga dgn ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 4. ki penuh dgn berba­gai-bagai aktiviti, kerja dsb sehingga tiada masa lapang yg terluang (bkn jadual, program dsb): memang jadual harian saya ~ dan saya lebih banyak menghabiskan waktu di pejabat; mengetatkan 1. menjadikan ketat atau erat (ikatan tali dll), mencerut (tali pinggang dll): skru itu hendaklah diketatkan supaya roda kereta tidak tercabut; 2. ki menjadikan keras atau sukar (peraturan dll); 3. menjadikan rapi atau teliti (kawalan, pengawasan, dll): langkah pertama utk mencegah merebaknya penyakit itu ialah ~ penjagaan air minum utk orang ramai; memperketat menjadikan lebih ketat (ikat­an tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; keketatan perihal (keadaan dsb) ketat: bahasa Melayu Tinggi ditandai oleh ~ tatabahasa; pengetatan perihal (perbuatan) mengetat­kan; pengetat alat utk mengetatkan (menerikkan, mempererat).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas