berwawansabda | berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-Nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wawansabda | ark wawancara; berwawansabda berhubung: memungkinkan insan ~ dgn pencipta-Nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
azali | Ar sejak dahulukala, sejak permulaan zaman: nasib tiap-tiap orang telah tertulis pd suratan ~; mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya; keazalian keadaan atau perihal azali: ~ ilmu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
murtad | Ar orang yg keluar drpd agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat: orang yg begitu adalah orang yg kufur, yg ~, yg derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha Pencipta; memurtadkan menjadikan seseorang murtad: watak utama bernama Kamil telah ~ ramai orang; kemurtadan perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubah | ; menggubah 1 mengatur atau menyusun bunga dsb utk perhiasan. 2 membuat cerita atau lagu dsb; mengarang cerita; mencipta sajak: ~ lagu Melayu. gubahan 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. penggubah orang yg menggubah; pencipta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gubah I | ; menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (sesuatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun; gubahan 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; penggubahan perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya; penggubah orang yg menggubah, pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubah | menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga dsb utk perhiasan. 2. membuat cerita atau lagu dsb; mengarang cerita; mencipta sajak: ~ lagu Melayu. gubahan 1. bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2. lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. penggubah orang yg menggubah; pencipta. | Kamus Pelajar |
cipta | (kesanggupan) fikiran utk mengadakan sesuatu (karya seni dll). mencipta 1 memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2 mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3 menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4 mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 400 meter. ciptaan sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~nya sangat digemari orang. penciptaan perbuatan atau hal mencipta. pencipta (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hak | 1. (yg) benar, kebenaran: katakanlah yg ~ walau pahit sekalipun; ajaran-ajaran yg ~ ajaran-ajaran yg benar; ilmu ~ taala ilmu kebenaran (ilmu mengenai sifat Tuhan); 2. kuasa atas sesuatu atau utk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dll): tiap-tiap anak ada ~ atas harta pusaka peninggalan bapanya; ia mempunyai ~ mempertahankan dirinya drpd serangan dan cacian; 3. milik, kepunyaan: ~ orang jangan diambil; setelah ayahnya meninggal segala harta itu menjadi ~nya; 4. yg (mana satu): awak mahu ~ itukah atau ~ ini?; berilah saya ~ merah itu; ~ amendmen hak mencadangkan pemindaan undang-undang; ~ asasi hak yg dasar atau pokok (spt hak bebas mengeluarkan pendapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dll); ~ cipta hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); ~ dipilih hak utk dipilih (dlm pilihan raya) utk menjadi wakil rakyat (ahli Parlimen); ~ istimewa hak yg diberi kpd kaum (golongan) tertentu sahaja; ~ kuasa hak utk menguasai (menentukan nasib dll); ~ kuasa ibu pertalian kekeluargaan dan pembahagian harta menurut nisab perempuan; ~ luar semangat hantu yg masuk ke dlm tubuh seseorang; ~ membatalkan hak utk membatalkan (memansuhkan) keputusan yg telah dicapai dgn suara terbanyak, kuasa pembatal, kuasa veto; ~ mengundi hak utk mengundi kerana memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ mutlak hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); ~ pengarang hak cipta; ~ pilih Id hak utk memilih wakil rakyat (dlm Parlimen dll); ~ politik hak mencampuri hal-hal dan urusan-urusan politik (spt giat dlm parti politik, menjadi calon dlm pilihan raya, dll); ~ pusaka harta yg dipusakai turun-temurun; ~ sivil hak warganegara utk mendapat layanan sama rata, mis utk mengundi atau mendapat pekerjaan; ~ teradjudikasi (Udg) hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman dan pentadbiran; ~ veto hak membatalkan sesuatu keputusan, kuasa pembatal; kalau tiada ~ sendiri, anak mata terdiri-diri prb kalau kita tidak berwang tidaklah dapat memiliki atau menikmati sesuatu dan terpaksalah merasa hampa sahaja; berhak mempunyai hak, mempunyai kuasa (atas sesuatu): seseorang anak ~ mewarisi harta peninggalan ayahnya; sifat Siddiq inilah yg menjamin bahawa hak dikembalikan kpd yg ~; mengehakkan memberi hak kpd, menentukan hak atas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cipta | (kesanggupan) fikiran utk mengadakan sesuatu (spt karya seni dll). mencipta 1. memusatkan fikiran (utk mengadakan sesuatu); memikirkan dgn sungguh-sungguh (utk mengadakan sesuatu). 2. mengadakan atau mewujudkan sesuatu dgn kuasa sendiri dan tidak menggunakan bahan: Allah yg ~ langit dan bumi serta seluruh isinya. 3. menghasilkan sesuatu karya seni (spt lukisan, lagu dsb): Semasa hidupnya, Allahyarham telah ~ lagu lebih drpd seribu buah. 4. mengadakan sesuatu yg baru; mencapai sesuatu kejayaan atau hasil terbaik dlm olahraga dsb: Dia telah ~ rekod baru dlm lumba lari 4000 meter. ciptaan sesuatu yg dicipta; hasil kesenian yg dicipta: Sajak-sajak ~ nya sangat digemari orang. penciptaan perbuatan atau hal mencipta. pencipta (orang) yg mencipta: Orang masih bertanya-tanya siapakah sebenarnya ~ lagu Terang Bulan. | Kamus Pelajar |