pengarangan | 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengarangan atur cara(program writing) | 1. Proses menulis kandungan sebenar atur cara dalam kod bahasa pengaturcaraan yang digunakan. 2. Proses menyiapkan atur cara. | Kamus Komputer |
sistem pengarangan(authoring system) | Sistem yang digunakan untuk memudahkan pembentukan bahan kursus bagi sistem pengajaran bantuan komputer. | Kamus Komputer |
bahasa pengarangan(authoring language) | Bahasa pengaturcaraan yang dicipta untuk memudahkan pembinaan perisian kursus bagi sistem pengajaran bantuan komputer tanpa memerlukan pengaturcaraan. | Kamus Komputer |
sistem mel elektronik(electronic mail system) | Sistem yang berkaitan dengan proses pengarangan, penghantaran, penerimaan, penyimpanan, pembacaan, dan penghalaan semula surat, pesanan, atau mesej melalui sistem rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
struktur blok(block structure) | Struktur atur cara yang terdiri daripada blok data atau blok subrutin bagi memudahkan pengarangan atur cara dan pengujian dilakukan. | Kamus Komputer |
arang I | 1. benda hitam yg rapuh, sisa kayu yg terbakar; 2. = ~ kayu sj bahan api yg dibuat dgn membakar kayu (biasanya kayu bakau) tanpa udara atau dlm udara yg terhad; ~ batu = batu ~ arang keras yg digali dr dlm tanah, batu bara; ~ batu lembut sj arang batu yg mengandungi hidrokarbon dan jirim yg menyerupai tar (terbakar dgn mengeluarkan nyalaan yg berwarna kuning dan berasap); ~ batu muda arang batu yg belum cukup matang dan belum boleh dilombong; ~ besi batu bara yg telah atau setengah terbakar; ~ para-para jelaga, sulang asap; ~ periuk jelaga pd periuk; ~ di kening = ~ di muka prb mendapat malu; ~ habis besi binasa prb pekerjaan yg tidak membawa hasil sedikit pun; ~ itu jikalau dibasuh dgn air mawar sekalipun tiada akan putih prb orang yg bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya; berkerat rotan, berpatah ~ prb perselisihan yg tidak dapat diperbaiki lagi; bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya ~ prb orang yg suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yg lebih besar tidak disedari; jika tiada tersapu ~ di muka, drpd hidup baiklah mati prb lebih baik mati drpd hidup menanggung malu; kalah jadi abu, menang jadi ~ prb kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi); membasuhkan ~ yg terconteng di muka prb menghilangkan malu; terpijak benang ~, hitam tapak prb perbuatan jahat, jahat akibatnya; mengarang menjadi arang, menjadi hitam spt arang; mengarangkan menjadikan arang; pengarangan 1. perihal menjadi arang; 2. tempat membuat arang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |