penggera kebakaran | alat (spt loceng) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggera burung | alat spt orang-orangan dll utk menakut-nakutkan burung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggera | 1 orang yg membuat orang lain berasa takut. 2 alat yg digunakan utk menimbulkan rasa takut: ~ burung alat spt orang-orangan dll utk menakut-nakutkan burung. 3 alat utk memberi isyarat (ketika berlaku bahaya dll): ~ kebakaran alat (spt loceng) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggera kebakaran | alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggera burung | alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggera | 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakut-nakutkan; ~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggera(alarm) | 1. Isyarat yang dijana oleh peranti pendengaran atau peranti penglihatan yang menandakan bahawa suatu ralat atau kecemasan telah berlaku yang mungkin mengganggu atau sedang mengganggu perjalanan sistem. 2. Peranti yang menjana isyarat untuk memberitahu akan kewujudan suatu keadaan khas. | Kamus Komputer |
penggera | 1. orang yg membuat orang lain berasa takut. 2. alat yg digunakan utk menimbulkan rasa takut: ~ burung alat spt orang-orangan dll utk menakut-nakutkan burung. 3. alat utk memberi isyarat (ketika berlaku bahaya dll):~ kebakaran alat (spt loceng dsb) yg berbunyi dll apabila berlaku kebakaran. | Kamus Pelajar |
penggera boleh dengar(audible alarm) | Penggera yang mengeluarkan isyarat audio tertentu untuk menarik perhatian apabila syarat yang ditunggu terjadi. | Kamus Komputer |
jam penggera | jam yg mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |