penglibatan | perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penglibatan | perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
automatik(automatic) | Berkaitan proses atau peranti yang dapat berfungsi dalam keadaan tertentu tanpa penglibatan langsung manusia. | Kamus Komputer |
libat II | ; melibatkan membawa dll sesuatu atau seseorang ke dlm perkara, urusan lain dsb; membabitkan: Peperangan itu ~ negara-negara di sebelah sini. terlibat termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. keterlibatan hal terlibat. penglibatan perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cermin I | 1. = ~ muka kaca yg digunakan utk melihat bayang diri sendiri; kaca muka: Ia membawa bedak, sisir dan ~ kecil dlm begnya. 2. benda keras yg mudah pecah dan biasanya jernih, lejas atau lesam dan dpt digunakan utk membuat penutup tingkap dsb; gelas; kaca: Bilik pegawai itu berdindingkan ~. 3. = ~ mata kaca yg diberi berbingkai dan dipakai utk menambah daya penglibatan dsb; kaca mata. 4. ki sesuatu yg menggambarkan (membayangkan) keadaan sesuatu: Sastera adalah ~ masyarakat pd sesuatu zaman. ~ cekung cermin yg melengkung ke dalam. ~ cembung cermin yg melengkung ke luar. ~ seraga cermin yg dipasang pd bantal seraga. bercermin 1. melihat bayang diri sendiri dlm cermin. 2. memakai cermin; ada cermin pdnya; mempunyai cermin: Almari itu ~. ~ bangkai ki mendapat malu. mencerminkan membayangkan sesuatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. tercermin terbayang; tergambar: Pergolakan jiwanya ~ dlm lukisannya itu. | Kamus Pelajar |
libat | ; melibat membungkus, melipat, membebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupakan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |