penumpuan | perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penumpuan | perihal (perbuatan dsb) menumpu(kan): rajah ini menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penumpuan data(data concentration) | 1. Pengumpulan data daripada talian penghantaran berkelajuan rendah dan berkelajuan sederhana di suatu titik perantaraan untuk dihantar melalui talian penghantaran berkelajuan tinggi. 2. Pengumpulan butiran data untuk dijadikan kumpulan data yang besar. | Kamus Komputer |
penumpuan(focusing) | 1. Proses menajamkan paparan pada unit paparan yang kabur. 2. Proses menumpu suatu bahagian yang terdapat dalam struktur. | Kamus Komputer |
penumpuan | perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan. | Kamus Pelajar |
tawajuh | Ar penumpuan diri (akal, fikiran, perasaan) pd Allah; hati ~ hati yg dihadapkan kpd Tuhan;bertawajuh memusatkan (menumpukan, mengarahkan) segenap fikiran dll pd Tuhan: aku pernah pula mengunci diriku dlm kamar dgn tidak makan, tidak tidur, melainkan banyak berzikir ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpu; ~ tinggi | penumpuan perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan. | Kamus Pelajar |
fokus dinamik(dynamic focus) | Kaedah yang digunakan dalam peranti tiub sinar katod untuk memastikan penumpuan paparan dilakukan secara seragam. | Kamus Komputer |
tumpu | ; ~ tinggi titik tempat berselangnya garis tinggi sesuatu segi tiga; puncak. bertumpu 1 bertekan atau berpijak pd sesuatu (ttg kaki, tangan dll): Kakinya ~ pd bangku kecil. 2 ki sudah berakar umbi pd; bertapak dgn kuat: Pengaruh Islam sudah lama ~ di sini. 3 berkumpul atau berpusu-pusu di sesuatu tempat: Banyak orang yg ~ di sana kerana tanahnya subur. 4 = bersetumpu bertekan telapak kaki pd sesuatu semasa hendak melompat dll; menunjal: Ia ~ pd batu sebelum melompat ke seberang. menumpu 1 menekan pd sesuatu. 2 memberikan bantuan atau sokongan; menyokong. menumpukan 1 menekankan (telapak kaki atau tapak tangan) pd sesuatu. 2 memusatkan segenap tenaga atau minat pd sesuatu: Ia ~ seluruh tenaganya pd projek yg baru dijalankan itu. 3 mendasarkan atau menyandarkan pendapat dll pd: Ia ~ pendapatnya pd kajian-kajian yg telah dilakukan. tertumpu telah ditumpukan atau dipusatkan (bkn minat, pandangan dll) pd sesuatu: Perhatiannya ~ pd pemuda yg sedang bermain biola. tumpuan 1 sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. pertumpuan hal bertumpu: tempat ~ tempat orang bertumpu. penumpuan perbuatan (hal dsb) menumpu atau menumpukan. penumpu 1 orang yg menumpu. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk menumpukan (cahaya dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tumpu | 1. = setumpu benda yg digunakan utk mengampu kaki (tangan dll), tempat bertopang (berjejak, berdiri, dll); 2. Kd, bp sampai, hingga ke: dr mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yg diburunya itu tidak juga bertemu; bertumpu 1. berjejak atau bertekan pd (kaki, tangan, dll): dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja; 2. = bersetumpu bertekan (berkuat dll) dgn telapak kaki pd sesuatu ketika hendak melompat dll, menunjal: maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat; 3. = bersetumpu dgn betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dgn segenap tenaga (mengerjakan sesuatu); ~ berkelahi betul-betul berkelahi (dgn menumpukan segenap tenaga); 4. ki mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pd, bertapak dgn kuat: kuasa penjajah yg telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dlm tempoh beberapa bulan sahaja; 5. ki penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di: hampir semua penduduknya ~ di dlm kawasan pertanian; 6. bertemu di tempat yg sama (garisan dll): tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yg sama; mencencang berlandasan, melompat bersetumpu prb jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya; menumpu 1. = bertumpu menekankan (me-nolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki mem-beri sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja; menumpukan 1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak menerima, menolak (permohonan dll); ~ permintaan menolak permintaan; 3. meninggalkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perhatian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka; tertumpu 1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dll); per-mintaannya ~ permintaannya ditolak; 2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pd: pandangannya ~ penuh pd daun pintu rumah yg masih tertutup rapat itu; umpuan 1. sesuatu yg dijadikan tempat utk menumpukan kaki dll (ketika hendak melompat dll), tempat bertumpu; 2. bantuan, sokongan, tunjangan: dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya; 3. pusat atau pangkalan (utk menyerang dll), tempat mengumpulkan kekuatan dll: Danang, 650 km dr sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika; 4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya): maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya; 5. orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dll): beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung; 6. sesuatu yg menjadi sasaran (tujuan dll), sesuatu yg ditujui: jurutaip yg bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka; kampung itu terletak tidak berapa jauh dr tempat ~ saudagar-saudagar dr Melaka; 7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dll): Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dr Tanah Melayu ke Singapura; 8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta): tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu; pertumpuan perihal (perbuatan dsb) ber-tumpu: bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yg keluar masuk dr bahagian tengah Queensland; penumpuan perihal (perbuatan dsb) menumpu(kan): rajah ini menunjukkan ~ tenaga dlm berbagai-bagai cabang pertanian; penumpu 1. orang yg menumpu (memberi bantuan, sokongan, dll), pembantu, penyokong; 2. sesuatu yg digunakan utk menumpu (menumpukan) kaki dll, pengampu, penunjang; ~ kaki bangku kecil utk menumpukan kaki; 3. (Fiz) sesuatu yg digunakan utk memusatkan pancaran cahaya dll (kanta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |