penyuntik | alat utk menyuntik: jarum ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suntik | 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn menggunakan jarum, cucuk: ~ utk mencegah penyakit; jarum ~ jarum yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm badan; ubat ~ ubat yg dimasukkan ke dlm badan dgn jarum; 2. tanam cacar; menyuntik 1. mengorek keluar (duri dr dlm kulit dll) dgn jarum, mencungkil, mencucuk; 2. mengukir dgn benda tajam (pd logam dll); 3. memasukkan ubat ke dlm badan dgn jarum: kemudian jururawat memanggil doktor, doktor datang ~nya; 4. = ~ cacar memasukkan benih penyakit cacar ke dlm badan (utk mencegah penyakit cacar), menanam cacar; 5. bp mengapi-apikan, mengacum, menghasut: mereka akan disuntik dgn fikiran-fikiran anti-Barat; 6. memberikan, menyediakan; menyuntikkan memasukkan (ubat, cairan, dll) ke dlm badan dgn jarum: ~ serum; suntikan 1. pemasukan ubat ke dlm badan dgn jarum, cucuk: jururawat datang lagi memberi ubat dan ~; 2. penanaman cacar; 3. bp hasutan; penyuntikan perihal menyuntik: memasukkan ubat ke dlm tubuh dgn jalan ~ tidak membatalkan puasa; penyuntik alat utk menyuntik: jarum ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |