surih memilih(selective trace) | 1. Penyurihan atur cara yang akan hanya dijalankan terhadap suruhan terpilih atau suruhan yang memenuhi suatu syarat tertentu. 2. Penyurihan isyarat yang memenuhi syarat tertentu. 3. Penyurihan garisan tertentu sahaja daripada rangka rajah atau rupa bentuk. | Kamus Komputer |
penyurihan | (Kim) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) utk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyurihan tafsir(interpretive tracing) | Kaedah menyurih kelakuan atur cara ujian untuk mencari ralat logik dengan menyelakukan pengerjaan atur cara tersebut. Mengikut kaedah ini, suruhan dalam atur cara ujian tidak benar-benar dilaksanakan untuk memastikan kawalan atur cara tidak terlepas daripada kawalan atur cara penyurih. Ini boleh dilakukan kerana apa yang hendak disemak ialah aliran pengerakan atur cara ujian, bukannya pelaksanaan sebenar. | Kamus Komputer |
penyurihan logik(logical tracing) | Surihan memilih yang dijalankan pada pelaksanaan pindahan suruhan atau lompatan tertentu sahaja di dalam atur cara yang disurih. | Kamus Komputer |
surih | 1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawahnya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya); menyurihkan membuat garisan, menggariskan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan perbualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) utk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |