serba guna | berbagai-bagai gunanya: periuk ~ periuk yg berbagai-bagai gunanya, spt utk merebus, menggoreng, mengukus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Serba guna | berbagai-bagai gunanya: periuk ~ periuk yg berbagai-bagai gunanya spt utk merebus, menggoreng, mengukus dll. | Kamus Pelajar |
periuk serba guna | periuk yg berbagai-bagai gunanya, spt utk merebus, menggoreng, mengukus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
periuk tekanan | sj periuk logam yg bertutup dan kedap udara, di dlmnya makanan (spt daging) boleh dimasak atau dilembutkan dgn cepat, dgn menggunakan wap yg mempunyai tekanan tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
periuk tekanan | sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periuk nasi | a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arang periuk | jelaga pd periuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jerang | ; menjerang 1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas api utk memasak: oleh perempuan itu dijerangkannya periuk di atas dapur; 2. memasak: ~ nasi; terjerang terletak di atas api (periuk dll), dimasak; jerangan tempat meletakkan periuk dll utk memasak (terdiri drpd tiga kaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periuk I | sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
periuk nasi | a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |